Wednesday, October 2, 2013

Wawasan 2020

Latar Belakang
·         satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020.
·         bukan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.

·         Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Objektif (sembilan cabaran yang telah dikenal pasti)
1.    Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama.
2.    Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
3.    Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contohkepada banyak negara membangun.
4.    Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
5.    Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,mempunyai daya perubahan tinggi danmemandang kedepan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7.    Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.
8.    Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
9.    Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

No comments:

Post a Comment