Tuesday, October 1, 2013

Ejaan Rumi Kongres

Selepas Ejaan Rumi Za’ba ialah Ejaan Rumi Kongres. Sistem ejaan rumi Kongres ini ialah hasil dalam salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21 September 1956. Sidang tersebut telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu. Sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.

            Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja. Kedua, perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup.

            Ketiga, tanda sempang dihapuskan penggunaannya (yang menyalahi sama sekali dengan sistem Za’ba yang banyak sekali menggunakan sempang), kecuali pada kes-kes tertentu sahaja. Keempat, terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu disebabkan ejaan Kongres menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutannya yang asal.


            Kelima, terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel, iaitu kata gelaran si, kata depan di, ke, dan penanda sama/satu se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang.

1 comment: