Wednesday, October 2, 2013

TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN ISLAM

Bahan atau maklumat mengenai tokoh-tokoh falsafah pendidikan Islam dan nota mengenainya.

Ibnu Rushd (1128 – 1198 M)
§  Riwayat hidup
·         Lebih dikenali dibarat dengan nama "Averroes".
·         Lahir di Kota Cordova, Sepanyol.
·         Nama sebenar: Abu Al Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Ahmad Bin Rushd.
·         Gelaran: "Pendita Abu Walid".
·         Pernah menjadi hakim di Kota Seville dan Kota Cordova.
§  Falsafah
·         Hidup sederhana dan bersahaja tanpa mempedulikan tentang pakaian, harta benda atau masa depan.
·         Bersifat pemurah kepada semua orang meskipun mereka yang pernah memusuhi atau menghinanya.
·         Bersifat rendah diri terutama kepada orang-orang miskin, tetapi mengambil berat tentang harga diri, maruah dan pantang merendah diri kepada orang-orang yang berpangkat besar.
§  Sumbangan
·         Menghasilkan karya:
o   Al - Taysir
o   Kuliliyah fit - Thibb yang mengandungi 16 jilid mengenai perubatan secara umum
o   Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah).
o   Tafsir Urjuza - mengenai perubatan dan tauhid, Taslul.
o   Kasyful Adillah - tentang ilmu kalam dan mengungkap persoalan falsafah dan agama.
o   Tahafatul Tahafut - mengulas buku Imam Al- Ghazali berjudul Tahafatul Falaisafah.
o   Muwafatil Hikmah Wal Syari'a - membicarakan persamaan falsafah dengan agama.
·         Penterjemah hasil kerja Aristotle.


Iman Al-Ghazali (1058-1111 M)
§  Riwayat hidup
·         Abu Hamed Mohammad ibn Mohammad al-Ghazzali.
·         Digelar Algazel dalam bahasa Latin.
·         Terkenal sebagai ahli falsafah, ahli teologi dan ahli juri yang amat disegani.
·         Lahir di Tus, Khorasan, Iran pada 1058.
·         Belajar ilmu fiqh di Gurgan.
·         Melanjutkan pengajian dalam bidang agama, falsafah, logik dan lain-lain.
·         Meninggal dunia pada tahun 1111.
§  Sumbangan
·         Menulis kitab yang dianggarkan melebihi 400 buah
·         Antara penulisan yang dihasilkan:
o   Ar- Risalah al-Ladunniyah
o   Al-Munqidh Min ad-Dalal
o   Bidayah al-Hidayah
o   Minhaj al-‘Abidin


Ibn Khaldun (1332 – 1406 M)
§  Riwayat Hidup
·         Nama penuh: Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun.
·         Lahir di Tunis, Tunisia pada tahun 1332.
·         Orang terawal mengembangkan falsafah yang tidak berasaskan keagamaan
·         Menceburkan diri dalam politik.
§  Sumbangan
·         Terkenal dengan hasil karyanya dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi
·         Antara hasil karyanya yang terkenal:
o   Al-Muqaddimah
o   Universal History
o   Sejarah Maghrib
o   Lubab al-Mahsul (Summary of the Result)
o   Shifa' as-Sail (Healing of the Inquirer)


Al Farabi (870 - 950 M)
§  Riwayat hidup
·         Nama penuh: Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi.
·         Lahir di Wasij, Turkistan pada 870 AD.
·         Ali Sains, Pakar Bahasa dan Ahli Falsafah.
·         pemikiran beliau adalah dalam sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik
·         beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi.
·         Di saat akhir hidup, beliau dalam keadaan miskin
·         Berkemampuan menguasai pelbagai bahasa
§  Sumbangan
·         Membuat banyak kajian untuk menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan.
·         Menghasilkan karya:
o   Madinah al-Fadhilah
o   Ihsa’ al- Ulum
o   Kitab al-Jam
o   Kunci Ilmu

·         Menghasilkan kajian dalam bidang perubatan.

No comments:

Post a Comment