Monday, September 30, 2013

SISTAKSIS

SISTAKSIS

Takrif Sintaksis
Ø  Sintaksis merupakan satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan frasa,klausa dan ayat dibentuk.
Ø  Telah dipelopori oleh Noam Chomsky dalam bukunya Syntactic Structure.
Ø  Ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat.
Ø  Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Ø  Bidang sintaksis juga melihat kehadiran jenis dan ragam ayat,rumus pembinaan unsur subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat.


Takrif Frasa
Ø  Frasa ialah unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan, dan berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Contoh frasa:
·         Kucing
·         Seekor kucing
·         Kucing siam
·         Seekor kucing
·         Seekor anak kucing siam
Ø  Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan prediket.
Ø  Frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
BINAAN FRASA
Frasa Kerja
Frasa Nama
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama
 




FRASA NAMA

Ø  Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya yang boleh diwujudkan secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut.
Contohnya:
1.    Abang menuntut di universiti.
2.    Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti.
·         Ayat 1: Frasa nama “abang” terdiri dari satu patah perkataan.
·         Ayat 2: Frasa nama “abang sulung keluarga itu” diikuti oleh penerang

Ø  Terdapat unsur bukan nama yang boleh jadi inti dan menduduki subjek frasa nama, iaitu apabila unsur itu berfungsi sebagai kata nama.
Ø  Contohnya:
·         kata kerja: berlumba dan menderma
·         kata adjektif: merah
1.    Berlumba di lebuh raya membahatakan diri sendiri.
2.    Menderma perbuatan terpuji.
3.    Merah warna kegemarannya.



Ø  Ayat sempurna terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat.
Subjek (frasa nama)
Predikat (frasa nama)
Puan Hasanah
guru matematik.
Kereta putih itu
kepunyaan bapa.
Kanak-kanak itu
murid tahun satu.



FRASA KERJA

Maksud

Ø Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri dripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.
Ø Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Contohnya:
                                                 
Subjek
Predikat
1.    Perempuan itu
menangis teresak-esak.
2.    Atlet itu
berlari sepantas kilat.
3.    Wangnya
tersimpan dalam amanah saham.

Ø Binaan frasa kerja terdiri daripada:
·        kata kerja tak transitif
·        kata kerja transitif
Ø Kata kerja tidak transitif  pula kata kerja yang boleh hadir sendirian atau tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya.



Contoh:
                      i.        Adik tidur lena didalam buaian.
                    ii.        Budak-budak itu bergaduh sesame sendiri.
                   iii.        Anak kucingnya terjatuh ke dalam perigi buta.

Ø  Kata kerja jenis ini boleh diikuti dengan pelengkap dan penerang yang berfungsi untuk melengkap kata kerja tersebut.
Ø  Perhatikan contoh-contoh ini:

Pelengkap Kata Nama:

·         Rumah nenek saya beratapkan bertam
                                          i.        Beratapkan (kata kerja tak transitif)
                                         ii.        Bertam (pelengkap)

Pelengkap Kata Adjektif

·         Penduduk kampung berbuat baik
                                          i.        Berbuat (kata kerja tak transitif)
                                         ii.        Baik (pelengkap)

Pelengkap Frasa Sendi Nama
·         Keluarganya telah menetap di luar negara.
                                          i.        Di luar (kata kerja tak transitif)
                                         ii.        Negara (pelengkap)

           Penerang Kata Nama
ü  Penerang ialah kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif.
ü   Kata nama seperti ini bukanlah objek kerana fungsinya hanya menerangkan kata kerja tersebut semata-mata.


ü  Contohnya :
                                      i.        Penduduk kampong bergotong- royong.
                                    ii.        Semua pelajar telah pulang.
                                   iii.        Daun-daun pokok berguguran.

Ø  Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek,iaitu kata kerja ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Ø  Contohnya:
§  Puan Rini menyiram pokok bunga setiap petang.
§  Saya makan nasi.
§  Bapa saya membasuh keretanya.

Ø  Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif, dan frasa sendi nama seperti contoh dalam ayat berikut:
§  Mereka meraikan tetamu malam tadi.
§  Ibu membeli sayur- sayuran segar.
§  Kakak menghantar adik ke sekolah hari ini.

Ø  Frasa kerja yang diikuti frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu objek atau dua objek seperti contoh berikut:
§  Ibu menjahitkan ayah baju Melayu.
§  Kakak menghidangkan tetamu itu makanan Barat.
§  Nani membacuh kopi.




FRASA ADJEKTIF
Maksud
Ø Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya.
Ø Berfungsi sebagai predikat dan unsur keterangan dalam predikat.
Ø Contonya:
Subjek (frasa nama)
Predikat (frasa adjektif)
                  i.        Budak itu
pintar sungguh.
                ii.        Basikalnya
cantik sekali.
               iii.        Meja kayu itu
sangat kukuh.

Ø  Dalam susunan songsang pula,predikat frasa adjektif boleh dikedepankan seperti contoh:
                                  i. Pintar sungguh budak itu
                                ii. Cantik sekali basikalnya.
                               iii. Sangat kukuh meja itu.


Ø  Binaan frasa adjektif juga boleh disertai oleh kata bantu dan kata penguat, sama ada dihadapan atau di belakangnya.





Kata bantu
Penguat (depan)
Kata adjektif
Penguat(belakang)
Belum
-
tajam
-
Sudah
-
ranum
sangat
-
terlalu
baik
-
-
amat
cantik
sekali
-
-
laju
betul
Masih
terlalu
awal
-
Ø  Contohnya:

Frasa Adjektif

                        i.        Paku itu belum tajam.
                      ii.        Buah mangga itu sudah ranum sangat.
                     iii.        Hatinya terlalu baik.
                     iv.        Mutiara itu amat cantik.
                      v.        Kehadirannya masih terlalu awal.
Kata Penguat Hadapan
Ø  Penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif. Contohnya:
                      i.        Bajunya agak cantik
                    ii.        Tempat tinggalnya paling jauh.

Kata Penguat Belakang
Ø  Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya:
                      i.        Suara saya sungguh merdu.
                    ii.        Anak bongsunya nakal benar.

Kata Penguat Bebas
Ø  Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya boleh di hadapan dan di belakang kata adjektif. Contohnya:

                      i.        Pokok pisang itu sangat tinggi.
                    ii.        Pokok pisang itu tinggi sangat
                   iii.        Lautan Pasifik amat dalam.
                   iv.        Lautan Pasifik dalam amat.

Ø  Kata adjektif bukan hanya terdiri daripada kata dasar(cantik,baik,jauh…..),malah juga terdiri daripada perkataan berimbuhan.
                        i.        Mereka menang pertandingan kampong terbersih.
                      ii.        Masakannya tidak sesedap masakan ibu.
                     iii.        Warna pakaiannya kekuning-kuningan.


                                                                                                                          



FRASA SENDI NAMA
Maksud
Ø  Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada satu kata sendi nama yang diikui oleh satu frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Ø  Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Ø  Contohnya:
                          i.        Dari
                        ii.        Daripada
                       iii.        Ke
                       iv.        Kepada
                        v.        Pada
                       vi.        Untuk
                      vii.        Oleh

Ø  Frasa sendi nama mempunyai tiga pola binaan.
§  Kata sendi nama + frasa nama
§  Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama
§  Kata sendi nama + (kata arah) + frasa nama + (keterangan)

Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Ø  Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama sebagai pelengkap.
Ø  Contohnya:

Kata sendi nama
Frasa nama
Sejak
semalam
Untuk
murid cemerlang
Dengan
kesabarannya
 Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
Ø  Binaan ini terdiri daripada stu kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama yang didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan.

Kata sendi nama
Frasa nama
Kata arah
Kata nama
di
Hadapan
sekolah
ke
belakang
kedai


Kata Sendi Nama + (Kata Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)
Ø  Satu lagi binaan frasa nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur keterangan yang hadir secara pilihan.


Kata sendi nama
frasa nama
keterangan

Kata arah
Frasa nama

ke
utara
tanah air
setiap tahun
Ke
utara
tanah air
-
Dari
belakang
rumah
dengan datuk
Dari
belakang
rumah
-




TUGAS FRASA

RAGAM FRASA
Ø  Dalam bahasa Melayu ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Hal ini untuk melihat kedudukan yang berkaitan dengan unsur subjek dan predikat.


·        Ayat Aktif

Ø  Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsure yang diterangkan.
Ø  Contohnya:
                              I.        Saya baca buku itu.
                            II.        Dia mengelamun setitap hari
Ø  Dalam ayat di atas,saya dan dia ialah subjek yng diterangkan manakala kata kerjanya ialah baca dan mengelamun.
Ø  Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis:
1)    Ayat aktif transitif
2)    Ayat aktif tak transitif
Ayat aktif transitif
Ø  Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengetumakan subjek asal sebagai judul dna mengandungi kata kerja transitif yang diikuti frasa nama sebagai objek atau penyambut.
Ø  Contohnya:
§  Air hujan membasahi bajunya.
a)    Air hujan (subjek)
b)    Membasahi (membasahi)
c)    Bajunya (objek)
§  Abang membelikan beg tangan untuk emak.
a)    Abang (subjek)
b)    Membelikan (kata kerja transitif)
c)    Emak (objet tepat)
d)    Beg tangan (objek sipi)

§  Abang membeli beg tangan untuk emak.
a)    Abang (subjek)
b)    Membeli (kata kerja transitif)
c)    Beg tangan (objek)
d)    Untuk emak (frasa sendi nama)

Ayat aktif tak transitif
Ø  Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut.
Ø  Ayat ini terbahagi kepada dua:
                      I.        Ayat aktif tak transitif dengan keterangan oleh digugurkan.
o   Ayat jenis ini boleh mengandungi keterangan secara pilihan samada dikekalkan ataupun ditiadakan.
o   Contoh:
                                                       i.        Pokok itu membesar dengan cepat
                                                      ii.        Pokok itu membesar.

                    II.        Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
o   Ayat ini mesti diikuti dengan unsure pelengkap yang berfungsi sbagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan.
o   Contoh:
                                                      i.        Anaknya tidak pernah berbuat jahat.
                                                    ii.        Anaknya tidak pernah berbuat.
·        Ayat Pasif

Ø Ayat pasif ialah ayat terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakankan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan seperti contoh:
                                        i.        Bajunya dibasahi air hujan.
                                       ii.        Buku itu kami baca.
                                      iii.        Barang kemas itu hendaklah kamu simpan.

Ø  Ayat pasif terbahagi kepada tiga bentuk,iaitu:

a)    Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
o   Ayat pasif mengandungi imbuhan kata pasif di- dan ter-.
o   Contohnya:
                                                      i.        Makanan itu dimasak emak sebentar tadi.
1)    Makanan itu (subjek)
2)    Dimasak (kata kerja pasif)
3)    Oleh emak ( oleh + FN)
4)    Sebentar tadi (keterangan)

o   Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja berimbuhan ber- dan k e-…-an.
o   Dalam ayat tersebut,sebahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan.
o    Contohnya:
                                                    ii.      Mereka semua kegusaran.
1)    Mereka semua (subjek)
2)    Kegusaran (predikat)


b)   Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kata nama diri kedua.
o   Ayat pasif jenis ini menggunakan kata ganti nama diri seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda, kami dan kita yang diikuti secara langsung oleh kata kerja dasar.
o   Kata ganti nama diri ini tidak boleh menerima kata kerja berimbuhan di- dalam ayat pasif.
o   Contohnya:
                                                      i.      Bukunya sudah saya kembalikan semalam.
1)    Bukunya ( subjek)
2)    Sudah saya kembalikan (frasa kerja pasif dengan KGD 1\KGD 2)
3)    Semalam (keterangan)

c)    Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
o   Mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
o   Binaan oleh + frasa nama dalam ayat boleh dipilih samada digugurkan.
o   Contonya:
                                                    ii.      Mereka kena marah oleh guru
1)    Mereka (subjek)
2)    Kena (kata ‘kena’)
3)    Marah (kata kerja dasar)
4)    Oleh guru (oleh + frasa nama)