Tuesday, September 24, 2013

KEMAHIRAN BELAJAR -SUMBER MAKLUMAT

JENIS-JENIS SUMBER MAKLUMAT
DAN KEKUATAN SERTA KELEMAHANNYA.
Pendahuluan
Apa itu belajar? Menurut Thursan Hakim belajar adalah suatu proses perubahan di dalam keperibadian manusia, dan perubahan tersebut ditunjukkan dalam bentuk peningkatan kualiti dan kuantiti tingkah laku seperti peningkatan kecekapan, pengetahuan, sikap, kebiasaan, pemahaman, keterampilan, daya fikir, dan lain-lain kemampuan. Menurut Hilgard dan Bower dalam bukunya Theories of Learning pula, belajar berkait dengan perubahan tingkah laku seseorang terhadap sesuatu situasi tertentu yang disebabkan oleh pengalamannya. Selain itu, belajar juga boleh diinterpretasikan sebagai proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan,kebolehan dan kemahiran.
Setiap pelajar haruslah tahu mengenai cara-cara yang betul untuk mendapatkan maklumat sebelum memprosesnya. Terdapat banyak kaedah dan strategi yang perlu dilalui untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.
Sumber Maklumat
Setiap pelajar haruslah tahu mengenai cara-cara yang betul untuk mendapatkan maklumat sebelum memprosesnya. Terdapat banyak kaedah dan strategi yang perlu dilalui untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.
Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang terdapat dalam dunia ini. Daipada semua jenis sumber maklumat tersebut, hanya sumber media, sumber manusia sumber sejarah, sumber persekitaran dan sumber media tiga dimensi yang akan dijelaskan.
Sumber Media
Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna. Sumber media elektronik terbahagi kepada beberapa jenis.Antaranya ialah audio visual dan computer. Contoh-contohnya ialah televisyen,video dan internet.
Televisyen
Televisyen merupakan sejenis media telekomunikasi terkenal yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak, sama ada monokrom (hitam putih) mahupun warna, lazimnya diiringi bunyi. Televisyen sentiasa digunakan dalam aspek ekonomi, sosial, politik, pendidikan, hiburan dan hal ehwal kehidupan yang lain.

Kelebihan
Kelemahan
Alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara
Menyiarkan program yang tidak berfaedah
Menyiarkan pelbagai jenis program pendidikan yang menarik
Kos yang mahal untuk membuat dan mengolah
Medium yang berkesan untuk menyampaikan maklumat
Iklan yang melampau
Alat hiburan
Banyak pengaruh negatif
Media ini mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya ialah sebagai alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara. Segala maklumat di dalam dan luar negara, dapat kita perolehi dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Selain itu, televisyen juga merupakan alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program seperti ini, contohnya, maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3 melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita.
Hiburan merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja, kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita. Jadi televisyenlah yang pilihan utama kita bagi menghiburkan diri. Kelebihan lain yang terdapat pada televisyen ialah sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Keburukan televisyen yang sangat  izhar dapat dilihat ialah terhadap kanak-kanak. Mereka lebih terdorong untuk menonton televisyen berbanding menelaah pelajaran.Ini boleh menyekat perkembangan teknik membaca mereka. Tambahan pula,  terdapat rancangan televisyen yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan remaja seperti adegan seks dan ganas yang keterlaluan yang boleh memberi kesan buruk kepada mereka. Melalui televisyen juga, pelbagai iklan-iklan yang kadang kala hanya ‘indah khabar dari rupa’ disiarkan umum bagi mengaburi mata pengguna.

Internet
Kelebihan
Kelemahan
Pantas dari segi masa dan lokasi
Kesahihannya kurang terjamin
Mudah digunakan
Maklumat yang tidak ditapis
Tidak terhad
Mahal
Seterusnya ialah, Interconnected Network atau nama singkatannya internet. Jika diterjemahkan secara langsung, internet bermaksud jaringan yang saling terhubung. Internet adalah gabungan jaringan komputer di seluruh dunia yang membentuk suatu sistem jaringan informasi global. Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan. Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet., mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.Internet juga menjadi lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perubatan juga boleh memanfaatkan internet bagi mendapat capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan.  'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Di sebalik kebaikan yang begitu banyak, terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Contohnya, internet dijadikan medium penyebaran dakyah jahat untuk menyesatkan fahaman pengikut agama lain. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Internet membenarkan akses tanpa had yang menyebabkan terlalu banyak laman web yang berkaitan pornografi untuk dilayari oleh remaja.
Media Cetak
Kelebihan
Kelemahan
Boleh dibaca berulang-ulang kali
Kurang menarik
Maklumatnya mantap serta dapat membuat orang benar-benar faham akan isi kandungannya
Tidak dapat disebarkan secara lansung berita yang terjadi kepada masyarakat
Murah
Kos produksi yang mahal
Sumber pengetahuan media cetak merupakan media pembelajaran dan hingga kini ia masih menjadi media utama dalam memberi maklumat. Terdapat tiga bentuk media cetak. Bentuk pertama ialah sumber yang memberi hiburan seperti majalah. Bentuk kedua adalah seperti surat khabar, jurnal, dokumen dan ensiklipedia. Bentuk ketiga adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks dan buku kerja. Media cetak mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti boleh dibaca berulang-ulang kali dengan menyimpannya. Analisanya juga lebih tajam serta dapat membuat orang benar-benar faham akan isi kandungannya.  
Namun begitu, media cetak sangat lambat dari segi waktu kerana tidak dapat menyebarkan secara lansung berita yang terjadi kepada masyarakat. Visualnya juga terbatas dan hanya hanya dapat memaparkan gambar kaku malah tiada audio yang mewakili seluruh isi berita. Produksi media cetak pula memerlukan pembiayaan yang tinggi kerana perlu dicetak dan dikirimkan sebelum disampaikan kepada masyarakat.
Sumber Manusia
      Seperti yang kita semua tahu, manusia juga merupakan salah satu sumber pengetahuan yang penting dan berguna. Sumber ini boleh ditafsirkan sebagai sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orang yang mempunyai kepakaran tertentu contohnya kaunselor, doktor pakar, guru atau pensyarah, wakil rakyat, ahli perniagaan dan juga penguatkuasa. Maklumat yang diperoleh biasanya berkaitan dengan kepakaran dan kemahiran tertentu yang mereka kuasai dengan cekap.
Kelebihan
Kelemahan
Mempelajari cara berkomunikasi
Khidmat orang yang benar-benar pakar amat sukar untuk diperoleh
Mudah didapati
Ketepatan maklumat yang kurang terjamin
Maklumat yang tidak terbatas
Memerlukan kemahiran
      Guru sememangnya golongan yang sangat terpilih untuk mendidik. Sekiranya anda sebagai pelajar memerlukan sebarang maklumat tentang pelajaran,gurulah yang menjadi sumber rujukan. Mereka juga berperanan memberi motivasi kepada para pelajar mereka. Selain daripada itu, doktor pakar turut mempunyai kemahiran dari segi perubatan dan perundingan yang boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat. Melalui pakar-pakar, kita akan dapat mempelajari pengurusan masa, cara berkomunikasi dan cara berunding secara professional. Tetapi, masih juga terdapat impak negatif daripada sumber manusia ini. Contohnya, maklumat yang didapati tidak semestinya tepat dan benar. Malahan ada yang diputar belit dan ditokok tambah. Tambahan pula, khidmat orang yang benar-benar pakar amat sukar untuk diperoleh.
Sumber Sejarah
Kelebihan
Kelemahan
Kesahihan maklumat terjamin
Sangat terhad
Asli
Kos pengkajian mahal
Masih ramai yang tidak menyedari bahawa sejarah merupakan salah satu daripada sumber pengetahuan yang dapat memberi input-input berguna kepada generasi muda. Sejarah merupakan bahan utama yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan subjek sejarah. Untuk mendapatnya seseorang dapat memanfaatkan muzium, perpustakaan, arkib nasional, arkib daerah sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan subjek sejarah yang akan ditulis. Sejarah juga dapat memberikan kita gambaran tentang apa yang berlaku di masa lampau. Meskipun demikian, tidak semua peristiwa masa lampau dapat diungkap secara lengkap kerana terbatasnya sumber sejarah.
Sumber Persekitaran
Kelebihan
Kekurangan
Kesahihan nya terjamin
Sukar ditafsir
Mudah
Memerlukan kajian mendalam
      Sumber yang seterusnya ialah sumber persekitaran. Sumber persekitaran boleh memberikan gambaran jelas tentang sesuatu yang dikaji. Antaranya kita dapat mengenal pasti ciri-ciri bahan yang dikaji melalui warna, bau, bunyi, cahaya dan tenaga. Sumber ini mudah untuk dicari kerana ia ada di sekeliling kita.



Sumber media tiga dimensi
Kelebihan
Kekurangan
Menambahkan kefahaman tentang sesuatu konsep yang abstrak
Besar
Sangat menarik dan lebih mudah untuk mengingat
Berat
 Sumber terakhir ialah sumber media tiga dimensi. Tamsilnya bahan relia, boneka, akuarium dan topeng. Sumber-sumber ini biasanya digunakan untuk menambahkan kefahaman tentang sesuatu konsep yang abstrak. Kebanyakan  sumber ini mudah untuk dibawa ke mana-mana, mudah dibina, sangat menarik dan lebih mudah untuk mengingat. Contohnya, topeng, boneka, bahan mobil. Melalui sumber tiga dimensi seperti diorama, kita dapat mengetahui suatu suasana yang mungkin tidak dapat kita lihat lagi pada era globalisasi ini. Namun terdapat juga keburukan media tiga dimensi. Contohnya terdapatnya bahan-bahan media ini yang terlalu besar dan berat hingga menyukarkan kita untuk membawa ke mana-mana seperti akuarium, terrarium, tugu dan sebagainya.
IMPLIKASI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER PENGETAHUAN
      Marcapada ini, banyak terdapat implikasi negatif internet terhadap pembelajaran pelajar. Tamsilnya, adanya ancaman virus, ‘carding’ atau pencurian nombor kad kredit, adanya aktiviti penggodaman, serta penyebaran pornografi yang tidak sesuai untuk tatapan umum. Keadaan ini telah menyebabkan pelajaran remaja terganggu dan keputusan mereka secara tidak lansung merosot. Selain itu, internet telah menyebabkan generasi muda khususnya remaja terlibat dalam perjudian secara online yang akhirnya telah menyebabkan kebanyakan remaja hilang masa depan. Tetapi tidak dinafikan internet  banyak membantu pembelajaran pelajar melalui maklumat-maklumatnya yang begitu banyak dan berguna serta mudah untuk dicari tanpa perlu ke perpustakaan.Media cetak juga turut tidak ketinggalan dalam memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu semasa walaupun kadang kala terdapat maklumat yang tidak sahih dan berbaur politik. 
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sumber manusia dan sumber sejarah seringkali menimbulkan kekeliruan kerana fakta yang diberikan oleh orang sumber tidak sama mengikut pandangan dan pengalaman seseorang individu. Hal ini menimbulkan kekeliruan bagi masyarakat terutamanya para pelajar yang sedang dalam proses belajar.
Melalui media tiga dimensi dan persekitaran pula, kita dapat melihat dan merasai sendiri bahan tersebut untuk memudahkan pemahaman kita. Sumber ini juga telah dapat membantu guru-guru dalam proses P&P di dalam kelas dan sekaligus menjadikan proses pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Tuntasnya,setiap kelebihan dan kelemahan sumber-sumber pengetahuan mempunyai implikasinya yang tersendiri. Maka sebagai pelajar, kita haruslah bijak menggunakan dan memanfaatkan sumber-sumber pengetahuan yang ada dengan baik. 

No comments:

Post a Comment