Monday, September 30, 2013

KEBUDAYAAN MELAYU

Pengenalan
Manusia mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain. Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis. Ia merupakan suatu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam sekeliling.
            Budaya yang bersifat dinamis dapat meneguhkan kedudukan masyarakat, misalnya masyarakat melayu. Budaya melayu telah mengalami banyak perubahan melalui proses akultrasi dan asimilasi apabila berlaku pertembungan dengan peradaban luar seperti Hindu, Islam dan kemudian Barat. Penyesuaian dan tokok tambah daripada unsur-unsur budaya luar itu memperkaya kedudukan budaya melayu sendiri.

Konsep/definisi Budaya
            Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996:180), Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
 Menurut buku Pengajian Melayu 5 dan 6 hasil nukilan Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998), budaya Melayu boleh ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat khususnya Melayu. Cara hidup tidak dapat difahami dengan mudah kecuali melalui kebudayaan masyarakat tersebut. Budaya dapat membezakan masyarakat melayu dengan masyarakat lain.
Menurut buku Bahasa Melayu 1 hasil nukilan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2008), Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang merujuk kepada budi + daya yang terangkum menjadi budaya. Bu membawa maksud asli, pertama, sejati, dan yang dipandang sempurna. Daya bererti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan. Tegasnya, budi merujuk kepada aspek dalaman yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh itu,budaya merupakan keseluruhan system hidup manusia yang kompleks yang terkandung didalamnya unsur-unsur  moral, pengetahuan, kepercayaan dan peraturan. Semua ini dipraktikkan dalam sesuatu masyarakat itu secara pembelajaran dan warisan.  

Fungsi kebudayaan melayu
            Dasar kebudayaan kebangsaan telah digubal untuk memupuk semangat perpaduan dan menanam semangat kesetiaan serta menyatupadukan rakyat yang terbilang kaum. Satu ketetapan telah dibuat bagi mengenal pasti kebudayaan yang dapat diterima oleh semua rakyat. Justeru, kebudayaan melayu dipilih sebagai teras kebudayaan Malaysia kerana orang melayu merupakan masyarakat asal yang menduduki rantau ini. Tambahan pula, kebudayaan melayu dapat menerima kebudayaan luar yang sesuai dan tidak bercanggah dengan lunas-lunas tertentu yang menjadi anutan orang-orang melayu. Hal ini kerana, orang melayu menganut agama islam dan oleh itu kebudayaan lain yang diterapkan itu hendaklah tidak bertentangan dengan ajaran islam.
Antara fungsi kebudayaan melayu ialah:
Ø  Merapatkan jurang perbezaan antara kaum agar rakyat dapat bersatu padu dibawah satu paying kebudayaan yang menjadi hak milik bersama.
Ø  Mewujudkan satu kesatuan kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identity bagi Negara Malaysia.
Ø  Menjadi landasan bagi menanamkan nilai-nilai kebangsaan dan menolak nilai-nilai yang hanya mementingkansesuatu kaum sahaja.
Ø  Menjadi amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti system protocol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan, dan sebagainya.


Ciri-ciri kebudayaan melayu
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaa masing-masing dan berbeza mengikut masyarakat yang mengamalkan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), ciri-ciri kebudayaan Melayu meliputi sebahagian besar daripada kebudayaan di Malaysia. Ciri-ciri kebudayaan melayu ialah bersifat dinamik, menerima dan menolak unsur tertentu, kebudayaan diwarisi dan proses kesinambungan. Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud kebudayaan yang mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat yang mendukungnya. Kebudayaan Melayu dikatakan bersifat dinamik kerana anggota masyarakat dapat menerima sebarang perubahan.
Analisis cerpen
Cerpen hasil nukilan Nurul Farehah Jaamad yang bertajuk ‘Berdosakah Mereka?’ daripada Majalah Dewan Siswa  keluaran Januari 2011. Terdapat pelbagai kebudayaan Melayu yang dapat dilihat dalam cerpen ini. Contoh kebudayaan melayu yang ditonjolkan dalam cerpen ini seperti berikut :

Sajian Melayu
Contoh ayat dalam cerpen
Posisi ayat
Ketika itu, Emak baru sahaja selesai membuat teh panas dan ubi rebus cecah sambal tumis untuk minum petang pada hari itu.
Perenggan 9, Baris 2

            Ayat diatas menunjukkan beberapa sajian masyarakat melayu seperti ubi rebus yang dicecah dengan sambal tumis berserta teh panas. Sajian ini biasanya menjadi budaya bagi masyarakat melayu yang sering disajikan pada waktu minum petang ketika sedang berehat. Malah, ubi rebus memang terkenal dalam masyarakat Melayu terutamanya dikampung kerana ubi ini senang didapati dan senang untuk tumbuh apabila ditanam.
Alatan dan perhiasan Melayu
Contoh ayat dalam cerpen
Posisi ayat
Peristiwa berlaku apabila jiran kami menghalau kucing yang mahu membuka tudung saji di dapur.
Perenggan 36, Baris 1
Jiran kami yang menghambat kucing itu dengan penyapu lidi menyebabkan kucing lari bertempiaran dan melanggar lilin yang diletakkan ditepi langsir.
Perenggan 36, Baris 3

Ayat di atas menunjukkan penggunaan tudung saji dan tikar mengkuang oleh masyarakat Melayu. Tudung saji digunakan untuk menutup makanan yang terhidang manakala penyapu lidi pula digunakan untuk menyapu. Masyarakat Melayu memang kaya dengan nilai estetika kerana, tudung saji merupakan anyaman daripada sejenis daun, rotan atau buluh yang kebiasaannya dapat dilihat didalam rumah masyarakat melayu sebagai perhiasan atau alatan yang wajib ada dalam setiap rumah mereka.
Menurut Habibah Bt. Mohd. Samin dan Hasnah Bt Awang (2010­), Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraf tangan dapat dihasilkan melaui anyaman hanya untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian. Contohnya seperti topi, bakul, tudung saji seperti dalam petikan. Bagi masyarakat Melayu, tudung saji ini dijadikan untuk menutup lauk-pauk daripada terdedah kepada persekitaran yang boleh menyebabkan penyakit.





Panggilan Nama
Contoh ayat dalam cerpen
Posisi ayat
“Jangan menipu, Mat! Nanti teruk mak kerjakan kau!” Ugut Emak tanpa ragu-ragu.
Perenggan 3, Baris 8
Kata Atuk, kalau betullah anak-anak jiran kami itu baik, mengapakah sudah bertahun-tahun mereka tidak balik ke sini?
Perenggan 44, Baris 4

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu menggunakan satu nama panggilan untuk mewakili diri seseorang khususnya dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Penggunaan nama panggilan seperti Atuk dan mak sememangnya merupakan salah satu ciri kebudayaan Melayu kerana telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu untuk menggunakan gelaran tersebut di dalam sesebuah keluarga


            

No comments:

Post a Comment