Tuesday, September 24, 2013

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

PENDAHULUAN
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. Jadi, bahasa Melayu sangat istimewa dan berstatus tinggi kerana ia membawa peranan yang sangat penting dalam pembangunan sebuah negara. Yang paling utama peranan bahasa sebagai medium komunikasi dan menjadi alat perpaduan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
            Atas usaha para pejuang dan tokoh bahasa yang telah bermatian-matian memartabatkan bahasa Melayu, Kini, ia telah menjadi antara bahasa utama di mata dunia. Kematangan bahasa Melayu telah menjadikan bahasa pendidikan di sekolah dan universiti. Malah, matapelajaran bahasa Melayu diajar di universiti-universiti luar negara.
            Tahap kematangan bahasa Melayu walaupun sudah mencapai kematangan, namun ia akan tetap berkembang dam semakin maju setaraf dengan bahasa-bahasa yang lain.


Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang kebanyakannya digunakan di Asia Tenggara terutama di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Malah, negara Malaysia, Indonesia dan Brunei menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu merupakan antara bahasa terpenting di dunia selain daripada bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Hindi. Dianggarkan penutur bahasa Melayu berjumlah 300 juta di seluruh dunia.
            Sejarah Bahasa Melayu sangat berkait rapat dengan asal usul orang Melayu kerana bahasa itu lahir bersama-sama dengan bangsa yang menuturkannya. Maka, mengkaji sejarah bahasa Melayu bermaksud mengkaji asal usul orang Melayu. Para pengkaji dan sejarawan masih belum jelas lagi mengenai asal lahirnya orang Melayu dan asal usul perkataan Melayu kerana sejarah kuno Asia Tenggara belum diselidiki dengan mendalam. Para pengkaji menjelaskan penggunaan istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Terdapat teori yang mengatakan penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang dari daerah Yunan di negara China sejak tahun 2500 Sebelum Masihi. Ada juga sebahagian sejarawan mendakwa bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu sendiri.
            Bahasa Melayu adalah salah satu daripada cabang keluarga bahasa Melayu-Polenesia yang berada di bawah rumpun yang lebih besar, iaitu rumpun Austronesia. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Batu bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak lebih 1000 tahun yang lalu. Bahasa Melayu kuno adalah bahasa Melayu purba yang telah dipengaruhi India setelah kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijaya iaitu abad ke-7 hingga abad ke-13, bahasa Melayu kuno telah mencapai zaman kegemilangannya. Penggunaan bahasa Melayu kuno pada zaman itu merangkumi kawasan Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.


            Sistem bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi bahasa Melayu kuno kerana kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu beragama Hindu. Buktinya, terdapat pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang berasal dari India, kata-kata dan rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Tulisan aksara Palava yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu kuno adalah satu bukti sejarah. Ciri-ciri khusus bahasa Melayu kuno adalah bunyi [b] ialah [v], tiada bunyi [e] pepet, awalan di- ialah ni-, ada bunyi konsonan yang diinspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h.
            Pada abad ke-13, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan bentuk tulisan. Peralihan bahasa Melayu kuno kepada bahasa Melayu klasik ini dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara. Kerajaan Pasai merupakan kerajaan yang pertama memeluk Islam sekitar abad ke-11.Pedagang-pedagang Arab, Cina, India, dan Parsi inilah yang menyebarkan Islam. Hampir keseluruhan penduduk di Kepulauan memeluk Islam pada lewat abad ke-15. Penemuan tiga buah batu bersurat yang agak berbeza daripada batu bersurat abad ke-7 merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14 muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
            Antara ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik ialah ayatnya panjang dan berulang-ulang, bentuk ayat pasif dan songsang lazim digunakan, banyak menggunakan partikel pun dan lah, menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa, frasa dan ayat pengaruh Arab, dan unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu. Dalam bahasa Melayu klasik juga terdapat pengaruh bahasa Jawa kerana kedua-dua bahasa itu adalah serumpun. Penghijrahan orang Jawa ke Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya pertembungan bahasa. Unsur-unsur daripada bahasa Jawa telah meresap dalam bahasa Melayu. Bahasa Jawa adalah bahasa pertuturan suku bangsa Jawa yang tinggal di Pulau Jawa. Loghat bahasa Jawa adalah mengikut kelas sosial seperti golongan istana dan orang kebanyakan.


            Hanacaraka atau Carakan adalah aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Jawa yang mengambil ciri-ciri aksara Palava dalam zaman bahasa Melayu klasik. Huruf Pegon pula adalah huruf Arab yang disesuaikan dalam bahasa Jawa. Asal perkataan pegon adalah pégo yang bereti menyimpang dalam bahasa Jawa. Tanda vokal banyak dibubuh dalam huruf Pegon kerana bahasa Jawa mempunyai kosa kata vokal yang lebih banyak daripada bahasa Melayu sehingga vokal perlu ditulis untuk mengelakkan kekeliruan.
            Perubahan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Abdullah Munsyi dalam bukunya iaitu Hikayat Abdullah pada tahun 1849. Dalam buku itu, beliau menyatakan rasa kesalnya kepada orang Melayu yang tidak mahu mempelajari bahasa sendiri. Buku tersebut memberikan kesedaran kepada bangsa Melayu betapa pentingnya memartabatkan bahasa sendiri. Ini membawa kepada penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa yang bertujuan memelihara, melengkapkan dan memodenkan bahasa Melayu dan memelihara tulisan Jawi, menstandardkan ejaan dan perkataan, mencipta perkataan baharu, mengembangkan pengetahuan melalui ceramah-ceramah dan penyelidikan, membina perpustakaan, dan mengeluarkan jurnal enam bulan sekali. Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pula diusahakan untuk berkenalan dan mengeratkan pergaulan antara ahli, memupuk ahli mengarang dan baca-membaca dalam bahasa dan buku-buku Melayu, dan mendirikan sebuah kutubkhanah.
            Kerajaan Inggeris turut menyumbang dalam bidang bahasa dan persuratan apabila mengasaskan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 1924. Ia ditubuhkan untuk mengeluarkan buku-buku sekolah Melayu dan mengeluarkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu amnya. Pada 22 Jun 1956 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran untuk memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan, mencetak atau membantu usaha pencetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan bentuk-bentuk persuratan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain, dan menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.


            Bahasa Melayu dan bahasa boleh memahami antara satu sama lain, tetapi berbeza dari segi ejaan dan kosa kata. Terdapat juga bahasa lain dalam bahasa Melayu moden iaitu bahasa Arab, bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Perkembangan bahasa Melayu moden dibahagikan kepada kepada empat tahap, iaitu dekad lima dan enam puluhan, dekad tujuh puluhan, dekad lapan puluhan dan menjelang abad ke-21. Dekad lima dan enam puluhan merupakan tahap permulaan dalam proses pemupukan bahasa Melayu. Keyakinan rakyat pada masa itu kurang terhadap keupayaan bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris. Dekad tujuh puluhan, bahasa Melayu mula mendapat tempat dan pesat digunakan. Dekad lapan puluhan, bahasa Melayu semakin berkembang maju dan kesempurnaannya hampir tercapai. Menjelang abad ke-21, taraf bahasa Melayu di hampir menyamai bahasa-bahasa lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Perancis, Jepun, Jerman, Rusia dan Cina. Boleh dikatakan bahasa Melayu sudah mencapai taraf kematangannya menjelang abad ke-21.


Petikan
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

Petikan yang ditranskripsikan
[pə+ma+ka+nan] [sə+im+bang] [mə+ru+pa+kan] [ta+bi+ʕat] [mə+mi+lih] [ma+ka+nan] [yang] [hən+da?] [di+ma+kan] [də+ngan] [tu+juan] [məm+pər+bai+ki] [a+tau] [mə+ngə+kal+kan] [kə+si+ha+tan]. [ma+ka+nan] [yang] [sə+im+bang] [pər+lu] [məm+pu+nya+i] [kar+bo+hi+drat], [pro+tin], [lə+mak], [vi+ta+min], [ga+ram] [ga+li+an], [dan] [sə+rat] [da+lam] [ka+dar] [yang] [bə+tul]. [i+ni] [da+pat] [di+pər+o+leh+hi] [da+ri] [buah], [sa+yu+ran], [da+ging], [i+kan], [su+su], [bi+ji+rin] [dan] [lain+lain].


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, bahasa Melayu adalah dari filum bahasa Austris. Bahasa Austria terbahagi kepada  dua cabang besar iaitu, cabang Austroasia dan cabang Austroesia. Manakala, bahasa Austronesia dipecahkan kepada subkeluarga kecil.
            Bahasa Melayu mempunyai penutur yang paling banyak jumlahnya berbanding cabang bahasa yang sekeluarga dengannya. Dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu terdapat bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden. Ini menunjukkan bahasa Melayu sentiasa mengalami perubahan ke arah menjadi bahasa yang semakin maju dan bertaraf tinggi.

1 comment:

  1. The Casino of Vegas - MapyRO
    The Casino of Vegas, located in the middle 군산 출장마사지 of Las Vegas Boulevard, offers slot machines 익산 출장샵 and 김포 출장마사지 live tables in all your favorite Las 당진 출장안마 Vegas, NV 김천 출장샵 casinos.

    ReplyDelete