Monday, September 30, 2013

Morfologi

 Pengenalan Morfologi
Ø  Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata.
Ø  Dengan kata lain, morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatikal atau makna yang diakibat oleh perubahan bentuk kata itu.
Ø  Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu perkataan tanam dapat diterbitkan dalam perkataan lain seperti rajah dibawah:
Ø  Setiap perkataan tersebut mempunyai makna yang berbeza akibat penggabungan morfem.
Ø  Perbezaan itu juga wujud apabila terdapat perubahan pada bentuk kata akar dan kata dasar.

Takrif/definisi morfologi
Ø  Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. ( Tatabahasa Dewan )
Ø  Morfologi merupakan ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. ( Nik Safiah Karim : 1997 )
Ø  Morfologi juga bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. ( Raminah Haji Sabran : 1986 )
Ø  Morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.
( Abdullah Hassan: 2007 )


Ø  Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan
Ø  Unsur bagi membentuk perkataan ialah morfem dan kata.




Ø  Morfem berperanan untuk membentuk perkataan.
Ø  Sesuatu perkataan itu mungkin terdiri daripada satu, dua atau lebih morfem.
Ø  Contoh : Jatuh – satu morfem
               Terjatuh = Ter + Jatuh – dua morfem
Ø  Contoh diatas menunjukkan bahawa imbuhan juga ialah morfem
Ø  Semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem ialah perkataan.
Ø  Contoh perkataan ialah “makanan”
Ø  “Makanan” ialah perkataan dan juga morfem.
Ø  Contoh morfem yang bukan perkataan ialah “di”.
Ø  “di” ialah bukan perkataan sebab morfem ini tidak boleh berdiri dengan sendiri dan tidak memberi makna.
Ø  Terdapat beberapa istilah berkaitan morfem iaitu morf dan alomorf.
Ø  Morf ialah satuan gramatikal terkecil yang didengar dalam pengucapan.
Ø  Contohnya  “bertahun” morfnya ialah “ber + tahun”
Ø  Alomorf ialah variasi yang terdapat dalam morfem terikat iaitu imbuhan.


Pembentukan kata

Ø  Bahasa melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya.
Ø  Proses pembentukan itu menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran.
Ø   Ada perkataan yang berbentuk tunggal, contohnya perkataan “baik”
Ø  Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan “kebangsaan”.
Ø  Ada juga, perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan, seperti perkataan “buku tulis”
Ø  Perkataan yang terbentuk hasil daripada penggandaan pula ialah perkataan seperti “bahan-bahan”.
Ø  Bahasa melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa yang kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan.
Ø  Proses pengimbuhan ialah proses penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan.
Ø  Proses pembentukan yang bersifat derivativ ini dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui percantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa melayu.
Ø  Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa melayu wujud melalui dua sumber iaitu
1.      Melalui asal usul bahasa melayu itu sendiri.
2.      Pembentukan perkataan melalui proses-proses tertentu.


Bentuk kata tunggal
Ø  Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan, pemajmukan dan perangkaian.
Ø  Kata tunggal merupakan bentuk kata dasar atau kata akar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan itu sendiri.
Ø  Kata akar ialah kata yang menjadi akar atau inti bagi sesuatu perkataan yang terdiri daripada dua morfem atau lebih
Ø  Contohnya “bangunan”, kata akarnya ialah “bangun”.
Ø  Kata dasar pula ialah kata yang boleh dikenakan penambahan atau imbuhan.
Ø  Kata dasar boleh terdiri daripada kata akar, kata akar dengan imbuhan, kata akar berulang dan kata akar majmuk.
Ø  Contohnya ialah “bangunan” kata akarnya ialah “bangun”, namun dua perkataan tersebut memberi makna yang berbeza walaupun dengan penambahan imbuhan. 
Ø  Kata tunggal boleh terdiri daripada hanya satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.
Ø  Sesuatu suku kata itu boleh dibentuk oleh satu vokal (V) sahaja atau kombinasi vokal dengan konsonan (K).
Ø  Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan, seperti “ini” dan ”itu”, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa melayu berpotensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan.



Kata tunggal satu suku kata
Ø  Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa melayu agak terhad bilangannya dan ada antaranya merupakan kata pinjaman daripada bahasa asing.
Ø  Ada juga yang merupakan kependekan daripada perkataan yang terdiri daripada dua suku kata atau lebih, contohnya “engkau” menjadi “kau”
Ø  Kata sedemikian sebenarnya tidak dianggap sebagai kata tunggal satu suku kata.
Ø  Pola gabungan konsonan (K) dan vokal (V) dalam bahasa melayu adalah seperti berikut:

Suku kata
Contoh perkataan
KV
yu
ru
ya
sa
VK
am



KVK
tin
lap
bah
cap
KKVK
draf
krim
stor
dram
KVKK
zink
bank
golf

KKKV
skru



KKKVK
straw
skrip




Kata tunggal dua suku kata
Ø  Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa melayu terdiri daripada dua suku kata.
Ø  Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut:

Suku kata
Contoh perkataan
V+KV
ibu
ini
apa
ok
V+VK
aur
ais
aib
air
V+KVK
ubat
acah
alat
ikan
VK+KV
inti
undi
asli
erti
VK+KVK
anjung
uncang
akrab
undang
KV+V
dua
tua
gua
sua
KV+VK
biar
liat
buat
mual
KV+KV
laga
bapa
saya
lupa
KV+KVK
pulut
surut
larut
cawan
KVK+KV
tangki
pintu
tunggu
bantu
KVK+KVK
tunggal 
lantai
santai
jemput

Kata tunggal tiga suku kata
Ø  Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil.
Ø  Namun demikian, pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak.
Ø  Kebanyakan perkataan ini terdiri daripada kata-kata pinjaman.
Ø  Antara polanya:








Suku kata
Contoh perkataan
KV+V+KV
buaya
niaga
biasa
KV+V+KVK
ziarah
siasat
kianat
V+KV+V
urea
idea
usia
KV+KV+V
derai
mulia
setia
KVK+KV+V
rahsia
rumbia
dahlia
KV+KV+VK
haluan
sekian
rasuah
KVK+KV+VK
manfaat
lengkuas
sengkuang
V+KV+KV
azali
udara
agama
V+KV+KVK
ibarat
akibat
amaran
VK+KV+KV
indera
almari
istana
KV+KV+KV
seteru
budaya
delima
KVK+KV+KV
bestari
misteri
bendera
VK+KV+VK
ikhtiar
ilmiah
akliah
V+KV+VK
akaun
elaun
amaun
KV+KV+KVK
riwayat
hikayat
teratak
KVK+KV+KVK
mahkamah
martabat
sembilan
KV+KVK+KV
keranda
belanja
selamba
KV+KVK+KVK
kelompok
gelombang
belimbing
KVK+KVK+KV
sempurna







Kata tunggal empat suku kata dan lebih
Ø  Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih.
Ø  Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman.
Ø  Antara contohnya:

Suku kata
Contoh perkataan
KV+KV+VK+KV
keluarga
biduanda
KV+KVK+KV+KV
sejahtera
sementara
KVK+KV+KV+KV
bendahara
laksamana
KVK+KV+V+KV
sentiasa

KV+KV+KV+KV
selsema
samudera
KV+KV+KV+KVK
muzakarah
hulubalang
KVK+KV+KV+KVK
sentimeter

KVK+KVK+KV+KV
singgahsana

KV+KV+V+KVK
nasional
mesyuarat
V+KV+KVK+KV+KV
universiti

KVK+KV+KV+KV+KVK
kosmopolitan
metropolitan
KV+KV+KV+KV+KV+KV
maharajalela












Bentuk kata terbitan
Ø  Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
( Tatabahasa Dewan )
Ø  Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu
                      I.        Imbuhan awalan
·         Imbuhan yang ditambah pada hadapan kata dasar
·         Contoh : jurubahasa
                    II.        Imbuhan akhiran
·         Imbuhan yang ditambah pada bahagian akhir kata dasar
·         Contoh : pakaian
                   III.        Imbuhan sisipan
·         Imbuhan yang disisipkan antara unsur dalam kata dasar.
·         Contoh : pelbagai
                  IV.        Imbuhan apitan
·         Imbuhan yang ditambahpada bahagian awal dan akhir sesuatu kata dasar.
·         Contoh : kesihatan



 




Akhiran kata nama
Imbuhan
Contoh
-an
Pakaian, jahitan, mainan
-wan
Sasterawan, angkasawan, usahawan
-man
Budiman, seniman
-wati
Olahragawati, seniwati
-isme
Nasionalisme, komunisme, sosialisme
-in
Hadirin, muslimin
-at
Hadirat, muslimat
-ah
Ustazah, sultanah



Akhiran kata kerja
Imbuhan
Contoh
-kan
Buatkan, gunakan, besarkan
-i
Turuti, duduki, dekati





Flowchart: Terminator: Imbuhan apitan 


Apitan kata nama
Imbuhan
Contoh
pe-….-an
Pelaksanaan, perasaan, penyiaran
pem-….-an
Pembunuhan, pembinaan, pemfitnahan
pen-….-an
Pentakrifan, pendapatan, pencarian
peng-….-an
Penggunaan, pengkhayalan, pengairan
penge-….-an
Pengehadan, pengesahan, pengesyoran
pe-….-an
Pesisiran, peperangan, pekarangan
per-….-an
Persalinan, perkuburan, permainan
pel-….-an
Pelajaran
ke-….-an
Kelainan, kelebihan, kelemahan

Apitan kata kerja
Imbuhan
Contoh
me-…-kan
memainkan, melukakan
men-…-kan
mendermakan, mentakrifkan
mem-…-kan
membaharukan, membaikkan
meng-…-kan
menggunakan, mengkhayalkan
menge-…-kan
mengepinkan, mengecamkan
ber-…-kan
beralaskan, berlaukkan
ber-…-an
berlanjutan, bermaafan
di-…-kan
dibiarkan, digunakan
me-…-i
melalui, memasuki
men-…-i
mencurigai, mendendami
meng-…-i
menganggotai, mengekori
di-…-i
didekati, dimulai
diper-…-kan
diperdengarkan, diperlihatkan
diper-…-i
diperingati, diperbaharui
memper-…-kan
memperdengarkan, memperlihatkan
memper-…-i
memperingati, mempercayai
ke-…-an
kehujanan, kehausan
Apitan kata adjektif
Imbuhan
Contoh
Ke-…-an
Kemelayuan, kearaban, kecinaan


 




Sisipan kata nama
Imbuhan
Contoh
-el-
Kelenkeng, telunjuk, kelabut
-er-
Keruping, seruling, serabut

Sisipan kata adjektif
Imbuhan
Contoh
-el-
Kelebak, selerak, gelembung
-er-
Gerodak, ker(e)lip
-em-
Gemilang, semerbak, gemerlap
-in-
Sinambung

Sisipan kata kerja
Imbuhan
contoh
-el-
Jelajah, gelegak


Kata Majmuk

Maksud :
Ø  Proses pemajmukan ialah proses yang mengkaitkan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.

Ø  Terdapat sebilangan kata majmuk yang tidak membawa makna. rujukan dan kata ini digunakan sebagai kata penghubung ayat .

·         Contohnya : ” barangkali” ,” oleh itu” dan “walau bagaimana”

Ø  Dalam penulisan, kata majmuk bertindak sebagai satu unit,tetapi dieja terpisah melainkan bagi bentuk-bentuk yang telah mantap iaitu yang tidak boleh disisipkan dengan unsur lain. Hal ini kerana akan membawa makna yang lain

·         Contohnya : “campur aduk” atau “tandatangan”






Kekecualian Bentuk Kata Majmuk
Ø  Kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun
Terdiri daripada dua kata dasar.

Contohya:
·         Apabila
·         Sukarela
·         Sukacita


Penggunaan kata majmuk
Ø  Melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.

Contohnya:
·         Alat-alat tulis
·         Gambar-gambar rajah
·         Balai-balai raya



KATA GANDA
Pengenalan:
Ø  Proses penggandaan dalam Bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar.




No comments:

Post a Comment