Wednesday, October 2, 2013

Cabang-cabang falsafah pendidikan.

Metafizik (Ontologi)
·         mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.
·         bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
·         Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:
a)    Apa itu kebenaran?
b)    Adakah Tuhan wujud?

c)    Siapa itu manusia?


Aksiologi
·         mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh.
·         merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
·         etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan.
·         Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
a)    Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
b)    Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
·         Estetika lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.
·         Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
a)    Apa itu kecantikan?
b)    Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?


Epistemologi
·         dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
·         berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
·         epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
a)    Apa itu ilmu?
b)    Apakah sumber-sumber pengetahuan?
·         juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu.


Logik
·         menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagu jawapan yang diberi.
·         logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
·         terdapat dua jenis logik:
a)    induktif
b)    deduktif
·         Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
a)    Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
b)    Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?

No comments:

Post a Comment