Wednesday, October 2, 2013

tokoh-tokoh falsafah pendidikan Timur

Bahan atau maklumat mengenai tokoh-tokoh falsafah pendidikan Timur dan nota mengenainya.

Confucius (551 – 479 S.M)
§  Riwayat hidup
·         Ahli falsafah terkenal Cina pada zaman Dinasti Chou
·         Berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung
·         Keluarganya adalah sebuah keluarga kelas pemerintahan.
·          Nama sebenar Kong Fu Tze.
·         Sangat mahir tentang ‘Li’ (susunan tingkah laku yang baik).
·         Memasuki perkhidmatan kerajaan pada usia 17 tahun.
·         Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
·         Pemerintah Lu sangat berpuas hati dengan kerja-kerja Confucius dan menaikkan pangkat beliau dengan cepat.
·         Namun, ajaran beliau tidak dapat diterima pemerintah Lu.
·         Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru.
·         Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya.
·         Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.
·         Beliau cuba mencari pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal.
·         Kembali ke negeri Lu dan mengarang buku.
·         Beliau orang Cina pertama memperkenalkan pendidikan.
·         Meninggal dunia pada usia 72 tahun.
§  Falsafah pendidikan Confucius
·         Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.
·         Pendidikan bermatlamat menghasilkan individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.
·         Buku-buku yang dihasilkan Confucius merangkumi bidang muzik, puisi, kesusasteraan, sejarah dan kod etika dan tatacara kelakuan yang baik.
·         Guru sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir.

R. Tagore (1861 – 1941)
§  Riwayat hidup
·         Turut dikenali sebagai Gurudev ialah seorang Brahmo Samaj, penyair, penulis drama, ahli falsafah, seniman,  pemuzik, dan sasterawan berbangsa Bengali.
·         Orang Asia pertama mendapat hadiah Noble dalam bidang sastera (1913).
·         Menghasilkan karya-karya tersohor yang dikagumi seluruh dunia.
·         Mendirikan sebuah sekolah di Santiniketan yang kemudiannya menjadi universiti.


§  Falsafah Pendidikan R. Tagore
·         Konsep pendidikan
o   Merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing kelak.
·         Matlamat pendidikan
o   Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integriti dengan persekitaran.
·         Kurikulum
o   Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal.
·         Peranan guru
o   Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid dan penjana idea dan bernas dalam kalangan murid.

·         Seseorang berpelajaran dalam erti kata sebenar bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta berpandangan dengan sikap internasionalme yang positif.

No comments:

Post a Comment