Tuesday, October 1, 2013

KOMPONEN PENGURUSAN EMOSI KENDIRI

Aspek pengurusan emosi kendiri juga amat penting bagi seorang guru. Guru yang mempunyai pengurusan emosi kendiri dapat mengurus dan mengawal emosi negatif seperti perasaan marah, takut, sedih dan benci dalam apa-apa situasi sama ada di dalam atau luar sekolah. Bukan senang bagi guru mengawal perasaan marah apabila anak murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Dalam keadaan ini guru perlu bersabar atau menasihati anak muridnya dengan betul.

            Guru yang mempunyai pengurusan emosi kendiri juga dapat menyesuaikan emosi kendiri dalam apa-apa keadaan. Setiap anak murid mempunyai personaliti yang berbeza. Ada anak murid yang periang, pendiam, dan lain-lain lagi. Oleh itu, guru perlu bijak menangani setiap anak murid yang berbeza personaliti itu dengan emosi kendiri yang bersesuaian.

            Selain itu, guru yang mepunyai pengurusan emosi kendiri dapat mengekalkan nilai integriti dan kejujuran dalam setiap amanah yang diberikan. Di sekolah, guru juga akan memegang pelbagai peranan seperti guru kaunseling, bendahari dan sebagainya. Peranan seperti ini memerlukan guru untuk menyimpan wang dan menjaga rahsia anak murid. Maka, guru perlu sentiasa profesional dalam melakukan tugas.

            Selain itu, guru yang mepunyai pengurusan emosi kendiri akan sentiasa tekun melaksanakan tugasan. Apabila membuat sesuatu kerja, guru perlu menumpukan perhatian kepada kerja yang dibuat. Dia tidak akan bergelut dengan perasaan malas dalam fikirannya.

            Guru yang mempunyai pengurusan emosi kendiri juga sentiasa mencari inisiatif dalam melakasanakan tugas. Ketika di dalam kelas, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mengajar anak murid. Dia sentiasa peka dengan cara pengajarannya agar anak murid mudah memahami ilmu yang diajarnya.

No comments:

Post a Comment