Bahan
atau maklumat mengenai tokoh-tokoh falsafah pendidikan Timur dan nota
mengenainya.
Confucius (551 –
479 S.M)
§ Riwayat hidup
·
Ahli
falsafah terkenal Cina pada zaman Dinasti Chou
·
Berasal
dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung
·
Keluarganya
adalah sebuah keluarga kelas pemerintahan.
·
Nama sebenar Kong Fu Tze.
·
Sangat
mahir tentang ‘Li’ (susunan tingkah laku yang baik).
·
Memasuki
perkhidmatan kerajaan pada usia 17 tahun.
·
Confucius
berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah
kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
·
Pemerintah
Lu sangat berpuas hati dengan kerja-kerja Confucius dan menaikkan pangkat
beliau dengan cepat.
·
Namun,
ajaran beliau tidak dapat diterima pemerintah Lu.
·
Selepas
ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya
sebagai seorang guru.
·
Beliau
mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya.
·
Kemashyurannya
serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.
·
Beliau
cuba mencari pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal.
·
Kembali
ke negeri Lu dan mengarang buku.
·
Beliau
orang Cina pertama memperkenalkan pendidikan.
·
Meninggal
dunia pada usia 72 tahun.
§ Falsafah pendidikan Confucius
·
Pendidikan
adalah untuk semua, tanpa mengira status sosioekonomi atau kedudukan sosial.
·
Pendidikan
bermatlamat menghasilkan individu berkebolehan (ziancai) serta bermoral tinggi.
·
Buku-buku
yang dihasilkan Confucius merangkumi bidang muzik, puisi, kesusasteraan,
sejarah dan kod etika dan tatacara kelakuan yang baik.
·
Guru
sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir.
R. Tagore (1861 –
1941)
§ Riwayat hidup
·
Turut
dikenali sebagai Gurudev ialah seorang Brahmo Samaj, penyair, penulis drama,
ahli falsafah, seniman, pemuzik, dan
sasterawan berbangsa Bengali.
·
Orang
Asia pertama mendapat hadiah Noble dalam bidang sastera (1913).
·
Menghasilkan
karya-karya tersohor yang dikagumi seluruh dunia.
·
Mendirikan
sebuah sekolah di Santiniketan yang kemudiannya menjadi universiti.
§ Falsafah Pendidikan R. Tagore
·
Konsep
pendidikan
o Merupakan satu proses yang menyediakan setiap
individu untuk menyara hidup masing-masing kelak.
·
Matlamat
pendidikan
o Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui
interaksi dan integriti dengan persekitaran.
·
Kurikulum
o Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal.
·
Peranan
guru
o Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi
menggerakkan perbincangan murid dan penjana idea dan bernas dalam kalangan
murid.
·
Seseorang
berpelajaran dalam erti kata sebenar bukan sahaja berfikiran cergas, saintifik,
bersih, berani dan bebas, tetapi juga tetap mendukung sikap nasionalisme yang
ideal, mempunyai kecekapan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara serta
berpandangan dengan sikap internasionalme yang positif.
No comments:
Post a Comment