Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan memandu
ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga membantu kita mengambil inisiatif
dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan dan
kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya lebih mudah dalam membuat
sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah berputus asa. Kompetens personal
merangkumi tiga unsur utama iaitu, kesedaran kendiri, pengurusan kawalan kendiri, dan motivasi
(Goleman, D. 1998).
Kesedaran terhadap diri atau sedar emosi kendiri bermakna kebolehan
mengawal diri (perasaan) dalam sesuatu situasi. Kebolehan ini seterusnya dapat
membantu individu untuk membuat keputusan yang kongruen dengan pegangan atau
nilai dirinya. Secara tidak langsung ia juga membolehkan seseorang individu itu
membuat penilaian yang realistik. Individu yang memiliki kelebihan ini akan
sentiasa menyedari kekuatan dan kelemahan dirinya, bersikap terbuka apabila
menerima maklumbalas daripada orang lain dan bersedia untuk belajar daripada
pengalaman yang dilalui. Keyakinan diri pula adalah satu sifat keberanian yang
datang dengan penuh kepastian hasil daripada keupayaan terhadap kesedaran
kendiri iaitu kebolehan, nilai dan matlamat diri.
Keupayaan untuk mengawal emosi diri sebenarnya terbina atas sebab kesedaran
terhadap diri, penglahiran emosi dan niat. Individu yang dapat mengawal
emosinya mampu melaksanakan sesuatu tugas dengan mudah. Seseorang individu itu
harus sentiasa berhati-hati dan mengelakkan sikap mudah berpuas hati dalam
mengejar sesuatu matlamat. Keupayaan mengurus emosi juga membantu individu
memulihkan kesedihan emosi dengan berkesan. Dengan itu individu yang berjaya
mengurus emosi diri akan cepat bebas daripada kitaran emosi yang kritikal.
Motivasi diri merujuk kepada kecenderungan emosi yang menggerak dan memandu
ke arah pencapaian matlamat. Motivasi juga membantu kita mengambil inisiatif
dan berusaha untuk memajukan diri serta tabah dalam menghadapi kesedihan dan
kekecewaan. Individu yang tinggi tahap motivasinya lebih mudah dalam membuat
sesuatu penilaian yang realistik dan tidak mudah berputus asa.
No comments:
Post a Comment