Aspek pengurusan
emosi kendiri juga amat penting bagi seorang guru. Guru yang mempunyai
pengurusan emosi kendiri dapat mengurus dan
mengawal emosi negatif seperti perasaan marah, takut, sedih dan benci dalam
apa-apa situasi sama ada di dalam atau luar sekolah. Bukan senang bagi guru
mengawal perasaan marah apabila anak murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan. Dalam keadaan ini guru perlu bersabar atau menasihati anak muridnya dengan
betul.
Guru
yang mempunyai pengurusan emosi kendiri juga dapat menyesuaikan emosi kendiri dalam apa-apa keadaan. Setiap anak
murid mempunyai personaliti yang berbeza. Ada anak murid yang periang, pendiam,
dan lain-lain lagi. Oleh itu, guru perlu bijak menangani setiap anak murid yang
berbeza personaliti itu dengan emosi kendiri yang bersesuaian.
Selain
itu, guru yang mepunyai pengurusan emosi kendiri dapat mengekalkan nilai integriti dan kejujuran dalam setiap amanah
yang diberikan. Di sekolah, guru juga akan memegang pelbagai peranan seperti
guru kaunseling, bendahari dan sebagainya. Peranan seperti ini memerlukan guru
untuk menyimpan wang dan menjaga rahsia anak murid. Maka, guru perlu sentiasa
profesional dalam melakukan tugas.
Selain
itu, guru yang mepunyai pengurusan emosi kendiri akan sentiasa tekun melaksanakan tugasan. Apabila membuat sesuatu kerja,
guru perlu menumpukan perhatian kepada kerja yang dibuat. Dia tidak akan
bergelut dengan perasaan malas dalam fikirannya.
No comments:
Post a Comment