JENIS-JENIS SUMBER MAKLUMAT
DAN KEKUATAN SERTA KELEMAHANNYA.
Pendahuluan
Apa itu belajar? Menurut Thursan
Hakim belajar adalah suatu proses perubahan di dalam keperibadian manusia,
dan perubahan tersebut ditunjukkan dalam bentuk peningkatan kualiti dan
kuantiti tingkah laku seperti peningkatan kecekapan, pengetahuan, sikap,
kebiasaan, pemahaman, keterampilan, daya fikir, dan lain-lain kemampuan. Menurut
Hilgard dan Bower dalam bukunya Theories of Learning pula, belajar berkait
dengan perubahan tingkah laku seseorang terhadap sesuatu situasi tertentu yang
disebabkan oleh pengalamannya. Selain itu, belajar juga boleh diinterpretasikan
sebagai proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi
yang membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan,kebolehan dan
kemahiran.
Setiap
pelajar haruslah tahu mengenai cara-cara yang betul untuk mendapatkan maklumat
sebelum memprosesnya. Terdapat banyak kaedah dan strategi yang perlu dilalui
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.
Sumber Maklumat
Setiap pelajar haruslah tahu mengenai cara-cara yang betul untuk
mendapatkan maklumat sebelum memprosesnya. Terdapat banyak kaedah dan strategi
yang perlu dilalui untuk mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan.
Terdapat
pelbagai jenis sumber maklumat yang terdapat dalam dunia ini. Daipada semua
jenis sumber maklumat tersebut, hanya sumber media, sumber manusia sumber
sejarah, sumber persekitaran dan sumber media tiga dimensi yang akan
dijelaskan.
Sumber
Media
Media elektronik merujuk kepada alat sebaran yang
menggunakan teknologi elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna. Sumber media elektronik terbahagi kepada
beberapa jenis.Antaranya ialah audio visual dan computer. Contoh-contohnya
ialah televisyen,video dan internet.
Televisyen
Televisyen merupakan sejenis media telekomunikasi terkenal
yang digunakan untuk memancarkan dan menerima gambar bergerak,
sama ada monokrom (hitam
putih) mahupun warna, lazimnya
diiringi bunyi. Televisyen
sentiasa digunakan dalam aspek ekonomi, sosial, politik, pendidikan, hiburan dan
hal ehwal kehidupan yang lain.
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Alat
untuk menyampaikan perkembangan terkini di
dalam dan luar negara
|
Menyiarkan program yang tidak berfaedah
|
Menyiarkan pelbagai jenis program
pendidikan yang menarik
|
Kos yang mahal untuk membuat dan mengolah
|
Medium yang berkesan untuk menyampaikan
maklumat
|
Iklan yang melampau
|
Alat hiburan
|
Banyak pengaruh negatif
|
Media ini mempunyai pelbagai aplikasi.
Antaranya ialah sebagai alat
untuk menyampaikan perkembangan terkini di
dalam dan luar negara. Segala maklumat di dalam dan luar
negara, dapat kita perolehi dalam masa yang amat singkat. Kelebihan ini memang
tidak dapat dinafikan lagi. Selain itu, televisyen juga merupakan alat untuk menyampaikan
ilmu pengetahuan. RTM banyak menyediakan program-program
seperti ini, contohnya, maklumat tentang pertanian, begitu juga seperti TV3
melalui rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia
perubatan. Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat kita.
Hiburan
merupakan elemen penting dalam kehidupan kita. Setelah seharian penat bekerja,
kita memerlukan hiburan untuk merehatkan minda kita. Jadi televisyenlah yang
pilihan utama kita bagi menghiburkan diri. Kelebihan lain yang terdapat pada
televisyen ialah sebagai medium untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat
kepada kerajaan. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang
dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat. Misalnya program Bersamamu
oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu mereka yang memerlukan.
Begitu juga permasalahan yang berlaku kepada penduduk di sesetengah tempat,
apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah mengambil tindakan
yang sewajarnya.
Keburukan
televisyen yang sangat izhar dapat
dilihat ialah terhadap kanak-kanak. Mereka lebih terdorong untuk menonton
televisyen berbanding menelaah pelajaran.Ini boleh menyekat perkembangan teknik
membaca mereka. Tambahan pula, terdapat
rancangan televisyen yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan remaja
seperti adegan seks dan ganas yang keterlaluan yang boleh memberi kesan buruk
kepada mereka. Melalui televisyen juga, pelbagai iklan-iklan yang kadang kala
hanya ‘indah khabar dari rupa’ disiarkan umum bagi mengaburi mata pengguna.
Internet
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Pantas
dari segi masa dan lokasi
|
Kesahihannya
kurang terjamin
|
Mudah
digunakan
|
Maklumat
yang tidak ditapis
|
Tidak
terhad
|
Mahal
|
Seterusnya
ialah, Interconnected Network atau
nama singkatannya internet. Jika diterjemahkan secara langsung, internet
bermaksud jaringan yang saling terhubung. Internet adalah gabungan jaringan
komputer di seluruh dunia yang membentuk suatu sistem jaringan informasi
global. Internet
banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian
tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan
pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran
atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan. Masyarakat
ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita
dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya
liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita
panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan
maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya.
Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat
dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke
dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan
menduduki ujian melalui Internet., mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat.
Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas
bekerjasama melaksanakan sesuatu projek.Internet juga menjadi lokasi perniagaan
utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang
perubatan juga boleh memanfaatkan internet bagi mendapat capaian maklumat
penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan
pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun
berkembang dalam Internet. Perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini
dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi
ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada
berbatu-batu dari bilik pembedahan.
Di sebalik kebaikan yang begitu banyak,
terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Contohnya, internet
dijadikan medium penyebaran dakyah jahat untuk menyesatkan fahaman pengikut
agama lain. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom
seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Internet membenarkan
akses tanpa had yang menyebabkan terlalu banyak laman web yang berkaitan
pornografi untuk dilayari oleh remaja.
Media Cetak
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Boleh
dibaca berulang-ulang kali
|
Kurang
menarik
|
Maklumatnya
mantap serta dapat membuat orang benar-benar faham akan isi kandungannya
|
Tidak
dapat disebarkan secara lansung berita yang terjadi kepada masyarakat
|
Murah
|
Kos
produksi yang mahal
|
Sumber pengetahuan media cetak merupakan
media pembelajaran dan hingga kini ia masih menjadi media utama dalam memberi
maklumat. Terdapat tiga bentuk media cetak. Bentuk pertama ialah sumber yang
memberi hiburan seperti majalah. Bentuk kedua adalah seperti surat khabar,
jurnal, dokumen dan ensiklipedia. Bentuk ketiga adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti
buku teks dan buku kerja. Media cetak mempunyai kelebihannya yang
tersendiri seperti boleh dibaca berulang-ulang kali
dengan menyimpannya. Analisanya juga lebih tajam serta dapat membuat orang
benar-benar faham akan isi kandungannya.
Namun begitu, media cetak sangat lambat dari
segi waktu kerana tidak dapat menyebarkan secara lansung berita yang terjadi
kepada masyarakat. Visualnya juga terbatas dan hanya hanya dapat memaparkan
gambar kaku malah tiada audio yang mewakili seluruh isi berita. Produksi media
cetak pula memerlukan pembiayaan yang tinggi kerana perlu dicetak dan
dikirimkan sebelum disampaikan kepada masyarakat.
Sumber Manusia
Seperti yang kita semua tahu, manusia juga
merupakan salah satu sumber pengetahuan yang penting dan berguna. Sumber ini
boleh ditafsirkan sebagai sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orang yang
mempunyai kepakaran tertentu contohnya kaunselor, doktor pakar, guru atau
pensyarah, wakil rakyat, ahli perniagaan dan juga penguatkuasa. Maklumat yang
diperoleh biasanya berkaitan dengan kepakaran dan kemahiran tertentu yang
mereka kuasai dengan cekap.
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Mempelajari cara berkomunikasi
|
Khidmat orang yang benar-benar pakar amat
sukar untuk diperoleh
|
Mudah didapati
|
Ketepatan maklumat yang kurang terjamin
|
Maklumat yang tidak terbatas
|
Memerlukan kemahiran
|
Guru sememangnya golongan yang sangat
terpilih untuk mendidik. Sekiranya anda sebagai pelajar memerlukan sebarang
maklumat tentang pelajaran,gurulah yang menjadi sumber rujukan. Mereka juga
berperanan memberi motivasi kepada para pelajar mereka. Selain daripada itu,
doktor pakar turut mempunyai kemahiran dari segi perubatan dan perundingan yang
boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat. Melalui pakar-pakar, kita akan dapat
mempelajari pengurusan masa, cara berkomunikasi dan cara berunding secara
professional. Tetapi, masih juga terdapat impak negatif daripada sumber manusia
ini. Contohnya, maklumat yang didapati tidak semestinya tepat dan benar.
Malahan ada yang diputar belit dan ditokok tambah. Tambahan pula, khidmat orang
yang benar-benar pakar amat sukar untuk diperoleh.
Sumber Sejarah
Kelebihan
|
Kelemahan
|
Kesahihan maklumat terjamin
|
Sangat terhad
|
Asli
|
Kos pengkajian mahal
|
Masih ramai yang tidak menyedari bahawa
sejarah merupakan salah satu daripada sumber pengetahuan yang dapat memberi
input-input berguna kepada generasi muda. Sejarah merupakan bahan utama yang digunakan untuk mengumpul
maklumat yang berkaitan dengan subjek sejarah. Untuk mendapatnya seseorang dapat
memanfaatkan muzium, perpustakaan, arkib nasional, arkib daerah sebagai tempat
untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan subjek sejarah yang akan
ditulis. Sejarah juga dapat memberikan
kita gambaran tentang apa yang berlaku di masa lampau. Meskipun demikian, tidak semua peristiwa masa lampau dapat
diungkap secara lengkap kerana terbatasnya sumber sejarah.
Sumber Persekitaran
Kelebihan
|
Kekurangan
|
Kesahihan nya terjamin
|
Sukar
ditafsir
|
Mudah
|
Memerlukan
kajian mendalam
|
Sumber
yang seterusnya ialah sumber persekitaran. Sumber persekitaran boleh memberikan
gambaran jelas tentang sesuatu yang dikaji. Antaranya kita dapat mengenal pasti
ciri-ciri bahan yang dikaji melalui warna, bau, bunyi, cahaya dan tenaga.
Sumber ini mudah untuk dicari kerana ia ada di sekeliling kita.
Sumber media tiga dimensi
Kelebihan
|
Kekurangan
|
Menambahkan kefahaman tentang sesuatu konsep
yang abstrak
|
Besar
|
Sangat menarik dan lebih mudah untuk
mengingat
|
Berat
|
Sumber terakhir ialah sumber media tiga dimensi.
Tamsilnya bahan relia, boneka, akuarium dan topeng. Sumber-sumber ini biasanya
digunakan untuk menambahkan kefahaman tentang sesuatu konsep yang abstrak.
Kebanyakan sumber ini mudah untuk dibawa
ke mana-mana, mudah dibina, sangat menarik dan lebih mudah untuk mengingat.
Contohnya, topeng, boneka, bahan mobil. Melalui sumber tiga dimensi seperti
diorama, kita dapat mengetahui suatu suasana yang mungkin tidak dapat kita
lihat lagi pada era globalisasi ini. Namun terdapat juga keburukan media tiga
dimensi. Contohnya terdapatnya bahan-bahan media ini yang terlalu besar dan
berat hingga menyukarkan kita untuk membawa ke mana-mana seperti akuarium,
terrarium, tugu dan sebagainya.
IMPLIKASI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SUMBER
PENGETAHUAN
Marcapada ini, banyak
terdapat implikasi negatif internet terhadap pembelajaran pelajar. Tamsilnya, adanya
ancaman virus, ‘carding’ atau pencurian nombor kad kredit, adanya aktiviti
penggodaman, serta penyebaran pornografi yang tidak sesuai untuk tatapan umum.
Keadaan ini telah menyebabkan pelajaran remaja terganggu dan keputusan mereka
secara tidak lansung merosot. Selain itu, internet telah menyebabkan generasi
muda khususnya remaja terlibat dalam perjudian secara online yang akhirnya
telah menyebabkan kebanyakan remaja hilang masa depan. Tetapi tidak dinafikan
internet banyak membantu pembelajaran
pelajar melalui maklumat-maklumatnya yang begitu banyak dan berguna serta mudah
untuk dicari tanpa perlu ke perpustakaan.Media cetak juga turut tidak ketinggalan
dalam memberi pendedahan kepada pelajar tentang isu-isu semasa walaupun kadang
kala terdapat maklumat yang tidak sahih dan berbaur politik.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini,
sumber manusia dan sumber sejarah seringkali menimbulkan kekeliruan kerana
fakta yang diberikan oleh orang sumber tidak sama mengikut pandangan dan
pengalaman seseorang individu. Hal ini menimbulkan kekeliruan bagi masyarakat
terutamanya para pelajar yang sedang dalam proses belajar.
Melalui media tiga dimensi dan persekitaran
pula, kita dapat melihat dan merasai sendiri bahan tersebut untuk memudahkan
pemahaman kita. Sumber ini juga telah dapat membantu guru-guru dalam proses
P&P di dalam kelas dan sekaligus menjadikan proses pembelajaran di dalam
kelas menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.
Tuntasnya,setiap kelebihan dan kelemahan
sumber-sumber pengetahuan mempunyai implikasinya yang tersendiri. Maka sebagai
pelajar, kita haruslah bijak menggunakan dan memanfaatkan sumber-sumber pengetahuan
yang ada dengan baik.
No comments:
Post a Comment