Pengenalan
Manusia
mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain.
Budaya adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis. Ia
merupakan suatu reaksi manusia terhadap penyesuaian hidup dengan alam
sekeliling.
Budaya yang bersifat dinamis dapat
meneguhkan kedudukan masyarakat, misalnya masyarakat melayu. Budaya melayu
telah mengalami banyak perubahan melalui proses akultrasi dan asimilasi apabila
berlaku pertembungan dengan peradaban luar seperti Hindu, Islam dan kemudian
Barat. Penyesuaian dan tokok tambah daripada unsur-unsur budaya luar itu
memperkaya kedudukan budaya melayu sendiri.
Konsep/definisi Budaya
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga
(1996:180), Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga
bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Menurut
buku Pengajian Melayu 5 dan 6 hasil nukilan Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar
Hj. Abdul Aziz (1998), budaya Melayu boleh ditakrifkan sebagai cara hidup
kumpulan manusia atau masyarakat khususnya Melayu. Cara hidup tidak dapat
difahami dengan mudah kecuali melalui kebudayaan masyarakat tersebut. Budaya
dapat membezakan masyarakat melayu dengan masyarakat lain.
Menurut buku Bahasa Melayu 1 hasil nukilan Siti
Hajar Hj. Abdul Aziz (2008), Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah,
akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat
dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang merujuk kepada budi + daya yang
terangkum menjadi budaya. Bu membawa maksud asli, pertama, sejati, dan yang
dipandang sempurna. Daya bererti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan.
Tegasnya, budi merujuk kepada aspek dalaman yang meliputi akal dan nilai,
manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.
Oleh itu,budaya merupakan keseluruhan system hidup manusia yang kompleks yang
terkandung didalamnya unsur-unsur moral,
pengetahuan, kepercayaan dan peraturan. Semua ini dipraktikkan dalam sesuatu masyarakat
itu secara pembelajaran dan warisan.
Fungsi kebudayaan melayu
Dasar kebudayaan kebangsaan telah
digubal untuk memupuk semangat perpaduan dan menanam semangat kesetiaan serta
menyatupadukan rakyat yang terbilang kaum. Satu ketetapan telah dibuat bagi
mengenal pasti kebudayaan yang dapat diterima oleh semua rakyat. Justeru,
kebudayaan melayu dipilih sebagai teras kebudayaan Malaysia kerana orang melayu
merupakan masyarakat asal yang menduduki rantau ini. Tambahan pula, kebudayaan
melayu dapat menerima kebudayaan luar yang sesuai dan tidak bercanggah dengan
lunas-lunas tertentu yang menjadi anutan orang-orang melayu. Hal ini kerana,
orang melayu menganut agama islam dan oleh itu kebudayaan lain yang diterapkan
itu hendaklah tidak bertentangan dengan ajaran islam.
Antara fungsi
kebudayaan melayu ialah:
Ø Merapatkan
jurang perbezaan antara kaum agar rakyat dapat bersatu padu dibawah satu paying
kebudayaan yang menjadi hak milik bersama.
Ø Mewujudkan
satu kesatuan kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan
yang melambangkan identity bagi Negara Malaysia.
Ø Menjadi
landasan bagi menanamkan nilai-nilai kebangsaan dan menolak nilai-nilai yang
hanya mementingkansesuatu kaum sahaja.
Ø Menjadi
amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti system protocol, adat
istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan, dan sebagainya.
Ciri-ciri kebudayaan melayu
Setiap masyarakat mempunyai kebudayaa masing-masing dan
berbeza mengikut masyarakat yang mengamalkan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(2008), ciri-ciri kebudayaan Melayu meliputi sebahagian besar daripada
kebudayaan di Malaysia. Ciri-ciri kebudayaan melayu ialah bersifat dinamik,
menerima dan menolak unsur tertentu, kebudayaan diwarisi dan proses
kesinambungan. Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud kebudayaan yang mengalami
perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat yang mendukungnya.
Kebudayaan Melayu dikatakan bersifat dinamik kerana anggota masyarakat dapat
menerima sebarang perubahan.
Analisis cerpen
Cerpen hasil nukilan Nurul Farehah Jaamad yang bertajuk
‘Berdosakah Mereka?’ daripada Majalah Dewan Siswa keluaran Januari 2011. Terdapat pelbagai
kebudayaan Melayu yang dapat dilihat dalam cerpen ini. Contoh kebudayaan melayu
yang ditonjolkan dalam cerpen ini seperti berikut :
Sajian
Melayu
Contoh ayat dalam cerpen
|
Posisi ayat
|
Ketika itu, Emak baru sahaja selesai membuat teh panas
dan ubi rebus cecah sambal tumis untuk minum petang pada hari itu.
|
Perenggan 9, Baris 2
|
Ayat diatas menunjukkan beberapa
sajian masyarakat melayu seperti ubi rebus yang dicecah dengan sambal tumis
berserta teh panas. Sajian ini biasanya menjadi budaya bagi masyarakat melayu
yang sering disajikan pada waktu minum petang ketika sedang berehat. Malah, ubi
rebus memang terkenal dalam masyarakat Melayu terutamanya dikampung kerana ubi
ini senang didapati dan senang untuk tumbuh apabila ditanam.
Alatan
dan perhiasan Melayu
Contoh ayat dalam cerpen
|
Posisi ayat
|
Peristiwa berlaku apabila jiran kami menghalau kucing
yang mahu membuka tudung saji di dapur.
|
Perenggan 36, Baris 1
|
Jiran kami yang menghambat kucing itu dengan penyapu
lidi menyebabkan kucing lari bertempiaran dan melanggar lilin yang diletakkan
ditepi langsir.
|
Perenggan 36, Baris 3
|
Ayat di atas menunjukkan penggunaan tudung
saji dan tikar mengkuang oleh masyarakat Melayu. Tudung saji digunakan untuk
menutup makanan yang terhidang manakala penyapu lidi pula digunakan untuk
menyapu. Masyarakat Melayu memang kaya dengan nilai estetika kerana, tudung
saji merupakan anyaman daripada sejenis daun, rotan atau buluh yang
kebiasaannya dapat dilihat didalam rumah masyarakat melayu sebagai perhiasan
atau alatan yang wajib ada dalam setiap rumah mereka.
Menurut Habibah Bt. Mohd. Samin dan Hasnah Bt
Awang (2010), Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk
kraf tangan dapat dihasilkan melaui anyaman hanya untuk mencipta sesuatu alat
keperluan harian. Contohnya seperti topi, bakul, tudung saji seperti dalam
petikan. Bagi masyarakat Melayu, tudung saji ini dijadikan untuk menutup
lauk-pauk daripada terdedah kepada persekitaran yang boleh menyebabkan
penyakit.
Panggilan Nama
Contoh ayat dalam cerpen
|
Posisi ayat
|
“Jangan
menipu, Mat! Nanti teruk mak kerjakan kau!” Ugut Emak tanpa ragu-ragu.
|
Perenggan 3, Baris 8
|
Kata Atuk, kalau betullah anak-anak jiran
kami itu baik, mengapakah sudah bertahun-tahun mereka tidak balik ke sini?
|
Perenggan 44, Baris 4
|
Ayat-ayat di atas
menunjukkan bahawa masyarakat Melayu menggunakan satu nama panggilan untuk
mewakili diri seseorang khususnya dalam kalangan ahli keluarga sendiri.
Penggunaan nama panggilan seperti Atuk dan mak sememangnya merupakan salah satu
ciri kebudayaan Melayu kerana telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu
untuk menggunakan gelaran tersebut di dalam sesebuah keluarga
No comments:
Post a Comment