SISTAKSIS
Takrif
Sintaksis
Ø Sintaksis
merupakan satu bidang kajian tentang tatacara
binaan dan frasa,klausa dan ayat
dibentuk.
Ø Telah
dipelopori oleh Noam Chomsky dalam
bukunya Syntactic Structure.
Ø Ditakrifkan
sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk,struktur
dan binaan atau konstruksi ayat.
Ø Kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan dan kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Ø Bidang
sintaksis juga melihat kehadiran jenis
dan ragam ayat,rumus pembinaan unsur
subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatu ayat.
Takrif Frasa
Ø Frasa
ialah unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan, dan berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Contoh
frasa:
·
Kucing
·
Seekor kucing
·
Kucing siam
·
Seekor kucing
·
Seekor anak kucing siam
Ø Perbezaan
frasa dengan klausa ialah frasa tidak mengandungi subjek dan prediket.
Ø Frasa
boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
BINAAN
FRASA
|
Frasa Kerja
|
Frasa Nama
|
Frasa Adjektif
|
Frasa Sendi Nama
|
FRASA NAMA
Ø Frasa
yang terdiri daripada kata nama
sebagai unsur intinya yang boleh diwujudkan secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur
inti tersebut.
Contohnya:
1.
Abang
menuntut di universiti.
2.
Abang
sulung keluarga itu menuntut di universiti.
·
Ayat 1: Frasa nama “abang” terdiri dari satu patah
perkataan.
·
Ayat 2: Frasa nama “abang sulung keluarga itu” diikuti oleh
penerang
Ø Terdapat
unsur bukan nama yang boleh jadi inti dan menduduki subjek frasa nama, iaitu
apabila unsur itu berfungsi sebagai kata nama.
Ø Contohnya:
·
kata kerja: berlumba dan menderma
·
kata adjektif: merah
1. Berlumba
di lebuh raya membahatakan diri sendiri.
2. Menderma
perbuatan terpuji.
3. Merah
warna kegemarannya.
Ø Ayat
sempurna terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat.
Subjek (frasa nama)
|
Predikat (frasa nama)
|
Puan Hasanah
|
guru matematik.
|
Kereta putih itu
|
kepunyaan bapa.
|
Kanak-kanak itu
|
murid tahun satu.
|
FRASA KERJA
Maksud
Ø Frasa
kerja ialah binaan yang boleh terdiri
dripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja.
Ø Frasa
kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Contohnya:
Subjek
|
Predikat
|
1.
Perempuan itu
|
menangis teresak-esak.
|
2.
Atlet itu
|
berlari sepantas
kilat.
|
3.
Wangnya
|
tersimpan dalam
amanah saham.
|
Ø Binaan
frasa kerja terdiri daripada:
·
kata kerja tak transitif
·
kata kerja transitif
Ø Kata kerja tidak transitif pula kata kerja yang boleh hadir sendirian
atau tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya.
Contoh:
i.
Adik tidur lena didalam buaian.
ii.
Budak-budak itu bergaduh sesame sendiri.
iii.
Anak kucingnya terjatuh ke dalam perigi buta.
Ø Kata
kerja jenis ini boleh diikuti dengan pelengkap dan penerang yang berfungsi
untuk melengkap kata kerja tersebut.
Ø Perhatikan
contoh-contoh ini:
Pelengkap Kata Nama:
·
Rumah nenek saya beratapkan bertam
i.
Beratapkan (kata kerja tak
transitif)
ii.
Bertam (pelengkap)
Pelengkap Kata Adjektif
·
Penduduk kampung berbuat baik
i.
Berbuat (kata kerja tak
transitif)
ii.
Baik (pelengkap)
Pelengkap Frasa Sendi Nama
·
Keluarganya telah menetap di luar negara.
i.
Di luar (kata kerja tak
transitif)
ii.
Negara (pelengkap)
Penerang
Kata Nama
ü Penerang
ialah kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif.
ü Kata nama seperti ini bukanlah objek kerana
fungsinya hanya menerangkan kata kerja tersebut semata-mata.
ü Contohnya
:
i.
Penduduk kampong bergotong- royong.
ii.
Semua pelajar telah pulang.
iii.
Daun-daun pokok berguguran.
Ø Kata kerja transitif
ialah kata kerja yang memerlukan objek,iaitu kata kerja ini mesti diikuti oleh
frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Ø Contohnya:
§ Puan
Rini menyiram pokok bunga setiap
petang.
§ Saya
makan nasi.
§ Bapa
saya membasuh keretanya.
Ø Unsur
keterangan boleh terdiri daripada frasa nama, frasa adjektif, dan frasa sendi
nama seperti contoh dalam ayat berikut:
§ Mereka
meraikan tetamu malam tadi.
§ Ibu
membeli sayur- sayuran segar.
§ Kakak
menghantar adik ke sekolah hari ini.
Ø Frasa
kerja yang diikuti frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu objek atau
dua objek seperti contoh berikut:
§ Ibu
menjahitkan ayah baju Melayu.
§ Kakak menghidangkan tetamu itu makanan Barat.
§ Nani
membacuh kopi.
FRASA
ADJEKTIF
Maksud
Ø
Frasa
adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif
atau kata sifat sebagai intinya.
Ø
Berfungsi
sebagai predikat dan unsur keterangan dalam predikat.
Ø
Contonya:
Subjek (frasa nama)
|
Predikat
(frasa adjektif)
|
i.
Budak
itu
|
pintar
sungguh.
|
ii.
Basikalnya
|
cantik
sekali.
|
iii.
Meja
kayu itu
|
sangat
kukuh.
|
Ø Dalam susunan
songsang pula,predikat frasa adjektif boleh dikedepankan seperti contoh:
i. Pintar sungguh
budak itu
ii. Cantik sekali
basikalnya.
iii. Sangat kukuh
meja itu.
Ø Binaan frasa adjektif juga boleh disertai
oleh kata bantu dan kata penguat, sama ada dihadapan atau di belakangnya.
Kata bantu
|
Penguat (depan)
|
Kata
adjektif
|
Penguat(belakang)
|
Belum
|
-
|
tajam
|
-
|
Sudah
|
-
|
ranum
|
sangat
|
-
|
terlalu
|
baik
|
-
|
-
|
amat
|
cantik
|
sekali
|
-
|
-
|
laju
|
betul
|
Masih
|
terlalu
|
awal
|
-
|
Ø Contohnya:
Frasa Adjektif
i.
Paku
itu belum tajam.
ii.
Buah
mangga itu sudah ranum sangat.
iii.
Hatinya
terlalu baik.
iv.
Mutiara
itu amat cantik.
v.
Kehadirannya
masih terlalu awal.
Kata Penguat Hadapan
Ø
Penguat
hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif. Contohnya:
i.
Bajunya
agak cantik
ii.
Tempat
tinggalnya paling jauh.
Kata Penguat Belakang
Ø
Penguat
belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya:
i.
Suara
saya sungguh merdu.
ii.
Anak
bongsunya nakal benar.
Kata
Penguat Bebas
Ø Penguat
bebas ialah perkataan yang kedudukannya boleh di hadapan dan di belakang kata
adjektif. Contohnya:
i.
Pokok pisang itu sangat tinggi.
ii.
Pokok pisang itu tinggi sangat
iii.
Lautan Pasifik amat dalam.
iv.
Lautan Pasifik dalam amat.
Ø Kata
adjektif bukan hanya terdiri daripada kata dasar(cantik,baik,jauh…..),malah juga
terdiri daripada perkataan berimbuhan.
i.
Mereka menang pertandingan
kampong terbersih.
ii.
Masakannya tidak sesedap masakan ibu.
iii.
Warna pakaiannya kekuning-kuningan.
FRASA SENDI NAMA
Maksud
Ø Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri
daripada satu kata sendi nama yang diikui oleh satu frasa nama sebagai
pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Ø Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di
hadapan frasa nama.
Ø Contohnya:
i.
Dari
ii.
Daripada
iii.
Ke
iv.
Kepada
v.
Pada
vi.
Untuk
vii.
Oleh
Ø
Frasa
sendi nama mempunyai tiga pola binaan.
§ Kata sendi nama + frasa nama
§ Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa
nama
§ Kata sendi nama + (kata arah) + frasa nama +
(keterangan)
Kata
Sendi Nama + Frasa Nama
Ø
Binaan
ini terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama sebagai
pelengkap.
Ø
Contohnya:
Kata sendi nama
|
Frasa
nama
|
Sejak
|
semalam
|
Untuk
|
murid cemerlang
|
Dengan
|
kesabarannya
|
Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa
Nama
Ø
Binaan
ini terdiri daripada stu kata sendi nama dan diikuti oleh frasa nama yang didahului
oleh kata arah sebagai unsur pilihan.
Kata sendi nama
|
Frasa nama
|
|
Kata arah
|
Kata nama
|
|
di
|
Hadapan
|
sekolah
|
ke
|
belakang
|
kedai
|
Kata Sendi Nama + (Kata Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)
Ø Satu lagi binaan frasa nama terbentuk apabila
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur
keterangan yang hadir secara pilihan.
Kata sendi nama
|
frasa
nama
|
keterangan
|
|
|
Kata
arah
|
Frasa
nama
|
|
ke
|
utara
|
tanah air
|
setiap tahun
|
Ke
|
utara
|
tanah air
|
-
|
Dari
|
belakang
|
rumah
|
dengan datuk
|
Dari
|
belakang
|
rumah
|
-
|
TUGAS FRASA
RAGAM FRASA
Ø
Dalam
bahasa Melayu ayat terdiri daripada ayat
aktif dan ayat pasif. Hal ini
untuk melihat kedudukan yang berkaitan dengan unsur subjek dan predikat.
·
Ayat
Aktif
Ø
Ayat
aktif ialah ayat yang mengandungi kata
kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsure yang
diterangkan.
Ø
Contohnya:
I.
Saya
baca buku itu.
II.
Dia
mengelamun setitap hari
Ø
Dalam
ayat di atas,saya dan dia ialah subjek yng diterangkan
manakala kata kerjanya ialah baca dan
mengelamun.
Ø
Ayat
aktif terbahagi kepada dua jenis:
1)
Ayat
aktif transitif
2)
Ayat
aktif tak transitif
Ayat
aktif transitif
Ø
Ayat
aktif transitif ialah ayat yang mengetumakan subjek asal sebagai judul dna
mengandungi kata kerja transitif yang diikuti frasa nama sebagai objek atau
penyambut.
Ø
Contohnya:
§
Air hujan membasahi bajunya.
a)
Air
hujan (subjek)
b)
Membasahi
(membasahi)
c)
Bajunya
(objek)
§ Abang
membelikan beg tangan untuk emak.
a)
Abang
(subjek)
b)
Membelikan
(kata kerja transitif)
c)
Emak
(objet tepat)
d)
Beg
tangan (objek sipi)
§
Abang membeli beg tangan untuk emak.
a)
Abang
(subjek)
b)
Membeli
(kata kerja transitif)
c)
Beg
tangan (objek)
d)
Untuk
emak (frasa sendi nama)
Ayat
aktif tak transitif
Ø
Ayat
aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu
kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau
penyambut.
Ø
Ayat
ini terbahagi kepada dua:
I.
Ayat
aktif tak transitif dengan keterangan oleh digugurkan.
o
Ayat
jenis ini boleh mengandungi keterangan secara pilihan samada dikekalkan ataupun
ditiadakan.
o
Contoh:
i.
Pokok
itu membesar dengan cepat
ii.
Pokok
itu membesar.
II.
Ayat
aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
o
Ayat
ini mesti diikuti dengan unsure pelengkap yang berfungsi sbagai frasa keterangan
yang tidak boleh digugurkan.
o
Contoh:
i.
Anaknya
tidak pernah berbuat jahat.
ii.
Anaknya
tidak pernah berbuat.
·
Ayat Pasif
Ø
Ayat pasif ialah ayat
terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakankan objek
asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan seperti contoh:
i.
Bajunya dibasahi air hujan.
ii.
Buku itu kami baca.
iii.
Barang kemas itu hendaklah
kamu simpan.
Ø Ayat
pasif terbahagi kepada tiga bentuk,iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan
kata kerja pasif.
o Ayat
pasif mengandungi imbuhan kata pasif di-
dan ter-.
o Contohnya:
i.
Makanan
itu dimasak emak sebentar tadi.
1) Makanan
itu (subjek)
2) Dimasak
(kata kerja pasif)
3) Oleh
emak ( oleh + FN)
4) Sebentar
tadi (keterangan)
o
Ayat pasif juga boleh
dibentuk dengan kata kerja berimbuhan ber- dan k e-…-an.
o
Dalam ayat
tersebut,sebahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan.
o
Contohnya:
ii.
Mereka
semua kegusaran.
1)
Mereka semua (subjek)
2)
Kegusaran (predikat)
b) Ayat pasif dengan kata ganti
nama diri orang pertama dan kata nama diri kedua.
o
Ayat pasif jenis ini
menggunakan kata ganti nama diri seperti saya,
aku, ku, engkau, kau, anda, kami dan kita yang diikuti secara langsung oleh
kata kerja dasar.
o
Kata ganti nama diri ini
tidak boleh menerima kata kerja berimbuhan di-
dalam ayat pasif.
o
Contohnya:
i.
Bukunya
sudah saya kembalikan semalam.
1)
Bukunya ( subjek)
2)
Sudah saya kembalikan (frasa
kerja pasif dengan KGD 1\KGD 2)
3)
Semalam (keterangan)
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
o
Mengandungi perkataan kena
di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
o
Binaan oleh + frasa nama
dalam ayat boleh dipilih samada digugurkan.
o
Contonya:
ii.
Mereka
kena marah oleh guru
1)
Mereka (subjek)
2)
Kena (kata ‘kena’)
3)
Marah (kata kerja dasar)
4) Oleh
guru (oleh + frasa nama)